Tuesday, May 31, 2011

Penampilan Baju Baru


Tema Baru, Semangat baru, Baju Baru
T-shirt team untuk tahun 2011 telah keluar. Penampilan baru di Hadyai Jamboree.
Kalangan Team Jitra yang menempah boleh dapatkan di Redflag Cycle. Bagi yang berminat boleh membuat tempahan di :-
Abang Ai :- 012-5453 293
Chomelz : – 012-4710375
PERHATIAN:
Peserta Hadyai Jamboree yang berdaftar dibawah  Redflag dan ingin bertolak secara konvoi .. sila berkumpul dihadapan Kedai pada hari Jumaat 03 june 2011 sebelum jam 3.30 petang.

image
image

Monday, May 23, 2011

Gergasi Baru Di Tahun 2011

13/05/2011: Giant XTC Composite 1 2011 milik Zambri:

Frame:

Composite – Grade Composite - Size S

Fork

FOX F100 RL-11 RMT, Tapered Steerer, 100mm Travel

FD

Shimano SLX

RD

Shimano Deore XT Dyna-Sys, Shadow, Top Normal

Brake

Avid Elixir R

Casette

Shimano SLX Dyna Sys 11 x 36 10-Speed

Rim

Rims    DT Swiss 445D, Custom for Giant
Hubs    [F] Giant Tracker, [R] DT Swiss 370, 32h
Spokes    Sapim Race, 14/15g

Tukar kepada Stan's NOTUBES ZTR Alpine 1430g

Rims    Stan's NOTUBES ZTR Alpine 1430g Hubs    Element red color
Spokes    DT Swiss Revo. alloy niple

Tayar

Maxxis Larsen TT, 60tpi, 26x2.0

Tukar kepada Maxxis Maxxlite 285 26 x 2.0

Seatpost    Giant Connect, 30.9
Tukar kepada TOKEN Mono-Q Carbon Fiber Seatpost: TK910

memang Sedarpppp

Saudara Ahmd Zambri Bin Shafie dikenali sebagai Zambri Ayam. Seorang usahawan/ peniaga/ pemborong /pembekal ayam. Salah seorang rider Redflag yang berpotensi. Beliau bermula sebagai seorang pelari Marathon. Pernah menyertai pelbagai kejohanan larian. Beliau pernah memenangi tempat ke 2 dalam kejohananan larian anjuran The Malaysian Masters Athletic Association (MMAA) tahun 2006 lalu.

Mula meminati sukan berbasikal sejak tahun 2007. Dengan pengalaman dalam bidang larian berjaya memberi kelebihan kepadanya terutama dari segi stamina. 

IMG_1488

Anatara medal-medal dan sijil yang berjaya diperolehinya

Thursday, May 19, 2011

Darulaman Downhill Challenge 2011

Team Redflag menyokong penuh penganjuran acara ini. Ianya serasi dengan tema team yang gemarkan kemuncak adrenalin. Team pernah menyertai beberapa event DH sebelum ini. Walaupun bukannya pingat yang dicari, namun pengalaman banyak yang ditimba. Dek kerana itu lahirlah trek ini di kawasan Jitra. Beberapa ahli Team Jitra adalah ahli jawatankuasa penganjutan acara ini.

Sokongan kami bukan sahaja dari segi moral bahkan kudrat dan wang ringgit.

Wakil team ke DDC’11 adalah dalam kategori Master B sahaja. Ahli lain masih dalam mode ‘melihat’.

baru punya

Keyakinan & Keberanian

Aksi di Penang dari Wan Blizt

_MG_0219

Master Bee

_MG_0226

Perbincangan ahli mengenai trek

_MG_0230

cewah ….

Monday, May 16, 2011

Sedarp–HIdayah Terbuka Di Hari Guru

Tagline: Dunia ini tidak rata

Jitra dikelilingi dengan bukit bukau, tidak hairanlah ramai jejaka-jejakanya sukakan adrenalin yang memuncak. Tidak perlu  bersuluk dengan mengasing diri, jalan yang benar di hadapan anda, Sudah ramai yang mendapat petunjuk. Anda hanya perlu beramai-ramai melihat dunia sambil  menikmati keindahan alam. Menghayati alunan, hayunan dan keempuka ekor lembut bagi mendapat hidayah ini.

Kini seorang lagi jejaka diberi hidayah, peluang yang datang telah disambar. Beliau sudah memiliki URGE, maka tidak hairanlah beliau juga kini beralih kepada kesedarpan… siapakah gerangan beliau itu

IMG_0915

IMG_1257

SELAMAT HARI GURU

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Terima kasih wahai guru-guruku,

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Petikan dari Sajak Guru O Guru karya USMAN AWANG - 1979