Tuesday, July 12, 2011

Urge Helmet & Tuition



Topi keledar Urge Endur-O-Matic menjadi pilihan team kami, kenapa?
 
  Sesuai untuk XC dan All Mountain
Stylish Bentuknya yang unik
Ringan diperbuat dari serat dan beratnya: 319g
CE1078 Certification
Kukuh In Mould Construction
Anti crash visor
Anti sweat system
Internal Venturi effect
lubang angin yang membolehkan udara menerobos masuk semasa kayuhan yang menjadikan baldu/pelapik dalaman sentiasa kering dan menyerap peluh. Padnya yang lembut dan boleh dibasuh
  Pilihan Fabien Barel
  Harganya berpatutan
 
 
 
image
 
 
image
Down-O-Matic For Downhill

image
Keluaran Tahun 2011 : top row - Bronze Flash, Kandy Ltd, Flash Vert | bottom row - Flash Noir, Flash Bleu, Nepal
 
Setiap hari tuition akan diadakan. Anak murid pula semakin ramai yang menyertainya. DAH La free, cikgu pulak baik hati ... siap bagi pinjam gerek …

Pelbagai ilmu diperturunkan, meliputi ilmu hisab, geografi, fizik, tatarakyat, kajihayat dan sains rumahtangga.
Sapa yang berminat dijemput hadir menimba ilmu di Bike Park, Jitra, Kedah

Sebahagian dari tuition      




Tuesday, July 05, 2011

Ujian PTK @ Gunung Jerai

Satu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) telah diadakan di Gunung Jerai pada 29/06/2011. Ujian bagi menentukan kebolehan ahli mengendalikan basikal dalam menghadapi rintangan sebenar. Sebelum ini teori telah diajar. Bagi yang kurang ‘jelas’, depa dok pi ambik tuition free kat Cikgu Lont di Bike Park

Mereka diuji dan dilatu dengan  menuruni(DH) laluan trekking Gunung Jerai sejauh 8km. Laluan sebenar yang memang mencabar. ALHAMDULILLAH semuanya telah lulus dengan jayanya. Tiada sebarang kejatuhan apatah lagi kemalangan. Wakil MDHA, saudara Ikram aka Yamm(selaku tester) telah memperakukan ujian ini. Lesen  ‘P’ perlu digantung di gerek dan dimestikan membeli Majalah MBUK bulan Julai. Mereka juga kena khatam habis DVD yang dibekalkan. Selepas tu bolehlah masuk mana-mana kejohanan anjuran MDHA. dalam pelbagai kategori yang bersesuaian (Jangan masuk kategori kanak-kanak udahlah).

SEBENARNYA mesej yang cuba di sampaikan disini ialah setiap rider mempunyai kemampuan untuk ‘tackle’ rintangan. Mereka haruslah memecahkan halangan ‘mental’.  Apa yang perlu ia penguasaan teknik yang betul kerana anda pasti BOLEH.

Bagi yang berminat untuk mempelajari Teknik DH, klinik akan diadakan di Bike Park, Jitra. BERMINAT! sila hubungi En. Nasrun (pengerusi Kedah DH) 019-4440 839 untuk maklumat lanjut.
Terimakasih Pudin atas  perkhabaran  dan gambar
Video Pengalaman DH di Gunung Jerai