Wednesday, September 14, 2011

Majlis Hari Raya KBS

IMG_3534

13 Sepetember = 14 Syawal 1432H

Zam Norco, Zam KBS dan Mat Nasron

Pertengahan Syawal, suasana Hari Raya masih terasa. Hari ini pihak Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi tahun 2011M/1432H diadakan di Putrajaya. Di Alor Setar pun Jabatan Belia Dan Sukan Negeri KEdah melalui Kelab Sukan Dan Kebajikan nya turut menganjurkan. Sudah pasti jemputan sebegini tidak akan miss punya kerana rezeki yang ‘melimpah’. Terima Kasih pihak Kelab Sukan dan Kebajikan JBSNK terutama saudara Zam KBS

Antara y g hadir ialah Nasron, Pudin , Zam, Adihariman, LM Bikers dan lain-lain lagi.

IMG_3532

Makanan istimewa rakyat Malaysia

IMG_3533

Juadah yang wajib ada

Monday, September 12, 2011

Selamat Penganti Baru Sang Teruna

IMG_3516_2


11 September 2011 - 12 Syawal 1432
Kampung Pulau Pisang. Jitra, Kedah



Saudara Khuzairi Bin Salleh adalah salah seorang ahli terawal team Redflag. Pernah bekerja dengan konsultan pembinaan saluran paip gas di beberapa negara luar terutama dari Afrika. Digelar Sudan kerana pernah lama bekerja di negara tersebut.

Panas yang diharap kepetang rupanya hujan ditengahari. Jodohnya terdahulu tidak panjang. Kembali beliau sebagai teruna.
Setelah lama ‘berpuasa’, maka tibalah waktu untuk ‘berbuka’. Dara pilihan dari kampung seberang(Kg. Paya Keriang Menyabong) bernama Haryati. Majlis resepsi sebelah perempuan diadakan pada hari yang sama.


Majlis sederhana diadakan, rakan-rakan MTB ramai yang hadir tampil  memberi sokongan dan dorongan mengakhiri zaman bujangnya itu

IMG_3520
2 khemah dikuasai (dari kiri) Alias D’Pallas, Maarten @ Syafik (beras Kapten Jamal) Abang Ronn, Zn. Gerek Baru, Ustaz Raja, Khairul Amri, Khairul Adli, Zam Norco dan Khairul Azuan
Tidak kelihatan dalam Gambar: Pudin TTG, Che Wan, Fauzi Banana Island, Kapten Jamal, Cikgu Lutfi, Norizan

DOA KAMI:
image

Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam,
bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya,
bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya,
malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya,
dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan
dekat di hatinya untuk dicintai


Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri ini agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
~ Amin ya Yabbal Alamin ~


INGAT:



Jangan lupa baca doa ni masa nak ‘bersama’ @ bersenggama …. kerana ianya bukan sekadar explorasi sekujur tubuh, cantuman 2 jiwa, jua satu ‘aktiviti‘ berpahala jika mengikut syara’
image

Mengahayati lirik lagu lancang kuning (Versi Indonesia, bukan versi Jamal Abdillah)

Lancang kuning, lancang kuning
Seludang mayang, seludang mayang
Bertolak petang, berlayar malam di alam kelam
Bertolak petang, berlayar malam, berlayar malam di alam kelam

Lancang kuning, lancang kuning
Seludang mayang, seludang mayang.

Angin turut, angin turut
Layar mengembang, layar mengembang
Laut beralun berombak riak membanting lambung
Laut beralun berombak riak membanting lambung, mengayun-ayun

Lautan beralun mengayun-ayun
Lautan beralun mengayun-ayun.

ok takat ni lah kot ……


PESANAN KAMI:

Hang udah lama tak ‘makan nasi’ semoga berhati-hati makan ‘nasi’ tu,  jangan gelojoh , nanti ‘tersedak’.



Praktik kembali petua ‘mengasah’ . Semoga Lancang kuning belayar tenang, tegak tiang tiadalah tumbang dipukul angin laut gelombang


Tapi kalau sudah ‘bersepuh’ maka pastinya tidak kan ‘luluh’ .


FAHAM dak .. kalau tak paham kena  mai belajaq ilmu mengasah TAPI ada maharnya dan ada ijazahnya ..




Thursday, September 08, 2011

The Fast Lee and the curious

_MG_6310

06 Sept 2011

Fadzlee (King of Kiara 2008)  dikenali sebagai FastLee  pulang beraya ke kampung mertuanya di Taman Sophia Alor Setar. Kami berbesar hati atas kehadirannya menjamah trek kami ( Trek Darulaman Downhill). Wow! dengan skill dan keberaniannya pasti akan memberi cabaran sengit  dalam Kategori Expert di dunia Downhill.

Sekian lama beliau berehat akibat kecederaan/kemalangan tempohari. Kini menjadi rider tajaan KSH Cycles / Oakley/Commencal. Juga adalah model iklan 100 plus dan Maxxis.

Terima kasih atas kehadiran, pihak kami mendoakan kejayaan kepadanya.

SELAMAT KEMBALI BERAKSI

_MG_6309

_MG_6330

Tuesday, September 06, 2011

Anorgasmia @ Bukit Kelubi

IMG_3363
Jumaat, Raya 4 - 2 September 2011

Dikala orang lain masih beraya, dimana  ramai warga-warga kota masih di kampung. Dimana ketupat rendang masih di jamu. Sempadan  Dhuha hampir tiba maka dimasa inilah depa-depa ni yang ‘lemah tak tersudu, keras tak tertakik’ naik Bukit Kelubi kononnya untuk beraya atas Bukit, mengecapi nikmat adrenalin, memecah lemak yang diisi  tempohari. Berbekalkan harapan untuk mencapai klimaks dan kenikmatan (Raya!!!)

8 orang jejaka  menyahut seruan SMS dari imam besar untuk bersuluk dipuncak sana. Untuk mencari hakikat sambil menggapai makrifat keduniaan. Tidaklah jahid tetapi  ‘lebai ketayap’.


Semuanya ‘meragaih’ bukit bertumangkan ekor lembut. seorang memilih yang lebih keras untuk ringan ‘merengkuh’.  Mencari jalan dengan ’lemah melapis, condong menompang’.


Meredah jalan ‘berduri’, mencari jalan hakiki.. namun .. kelazatan yang ‘fana’ tidak ditemui ..

Layan gambar di bawah : ada lagi dalam facebook kami (KLIK)

IMG_3308
Doa dibaca pembuka langkah: Tasik Darulaman bermula episod –
IMG_3314
Merentas Taman Tunku Sarina
IMG_3321
AMT: Gerek Berat tu kena tolak naik
IMG_3325
Aksi Sang hero nuu hak belakang pon dok posing gak
IMG_3337
Pudin-bulu pahat baru nak tumbuh ..pantang ajak ..nak saja
IMG_3345
Rehat sat .. wak keluar mai kuih raya yang bawa tu
IMG_3359
IMG_3360
Muka-muka ‘remot’ pasai keletihan
IMG_3388
Laa ..ada plak adigan  cerekarama atas bukit ni ..urut mengurut , mengelus dagu penuh kasih sayang ni
dop
Tengok tandop dok usha penuh jealous tuu ..
IMG_3393
Tengok adigan ni .. tau rasa takut gak noo
IMG_3366
Menunjuk ‘sesuatu’
IMG_3418
Hah ..kena tanggung .. nak mai sangat

Saturday, September 03, 2011

Makan Time @ Jamuan Raya

01 September 2011 malam Jumaat

Sesudah sebulan berpuasa, selepas berhari raya, maka bermulalah jemputan untuk majlis Hari Raya pula.

Zam Hamid (Kedah Downhill) memulakan langkah pertama, malam Jumaat raya Ke-3, Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat diadakan di rumahnya di Kg. Bohor, Alor Setar. Ramailah geng basikal pelbagai ‘genre’ yang hadir termasuk geng climber. Santapan nasi daging disediakan …. terima kasih Zam, buat kenduri tiap hari selama sebulan lagi ok .. tahun depan ulang lagi.

IMG_3300

Imam besar sedang memberi tazkirah sambil mengunyah

IMG_3302

Geng Downhill dan ragaih

JUMAAT: 02 SEPTEMBER 2011

Kalau Zam dimalam hari, saudara Zaim di siang hari pula. Rezeki yang dikurnia dikongsi bersama. Jumaat, raya ke 4 ramailah saudara mara, sahabat handai dan geng basikal dijemputnya.. antaranya Team Jitra, Alor Setar bahkan dari Perlis jua tampil.

Saudara Zaim yang baru pulang dari menunaikan umrah sehari sebelum Hari Raya, sebulan beliau  di sana. Alhamdulillah kami mendoakan semoga sentiasa dalam rahmatNya dengan dibukaNya pintu rezeki kerana boleh buat lagi … TERIMA KASIH daun keladi

IMG_3429

Sebahagian Geng Basikal yang hadir (team Redflag, Gerek Baru  dan Perlis MTB)

dari Kiri, Abang Ai, Cikgu Wann, Amri, Senu, Ali, Lontruth, Zaim(tuan Rumah), Abang Ronn dan Chomel FZ

Raya

IMG_3428

Hidangan: Nasi Dagang satay dan lain-lain lagilah