Monday, February 13, 2012

Mempersiap Pasukan Muda @ Bike Park

_MG_0204

Sudah lama kami tidak menjengah ke Bike Park, Jitra. Rasanya hampir 6 bulan. Laluan terhakis oleh aliran air dan dipenuhi dengan dedaun. Masanya untuk kami kembali memeriahkan semula Bike Park dan seterusnya kerja-kerja penyelenggaran trek perlu dilakukan.

Hari ini kami mempersiapkan 3 orang rider junior dengan memberi bimbingan dan tunjuk ajar mengenai teknik DH. Tenyata mereka ini cepat  ‘boleh’ bahkan dengan ‘darah muda’ yang meluap, mereka sudah mahir melakukan beberapa aksi.Mereka ialah adik Along Aiman, Qayyum dan Fawwaz

 
Adik Along Aiman berusia 14 tahun,. Mula bergiat dalam MTB  dalam tahun 2009 sejak berusia 11 tahun dan dibimbing oleh ayahnya iaitu saudara Alias D’Pallas. Sentiasa berada dalam kedudukan 100 terbaik dalam Jamboree yang disertainya.
 
Pada yang berminat untuk ke Bike Bark dan mempelajari beberapa teknik-teknik di sini bolehlah menghubungi saudara Nasron @ 012-5846 288 dan Saudara Wan Blitz @ 012-4583 221.
 
Di mana Bike Park, Ia terletak berdekatan Tasik Darulaman, Jitra, Kedah GPS = N6 14.889 E100 26.772. lihat gambar di bawah
 
Bike Park
 

_MG_0157
Along Aiman
_MG_0176
Qayyum. Drop setinggi 10 kaki berjaya di ‘tackle’
 
_MG_0187
Ahhh ! ..biasa laaa
_MG_0191
Fawwaz
_MG_0149
Cikgu dok tunjuk teknik yang betul …
_MG_0225
Master B
_MG_0165
Wan Blitz: Sering menyertai Kejohanan DH
_MG_0199
Sedang dinilai oleh wakil dari UUM (akreditasi) ..OK pass
IMG_7546
Dok bincang nak buat laluan yang lebih ringan utk geng XC