Monday, May 12, 2014

Trek Downhill SUKMA 2014 Perlis

Trek Downhill SUKMA 2014   
Lokasi: Bukit Telipong, Ulu Pauh, Perlis.    
Jarak  : ± 1,200 meter   
Coordinate:  N6 26.456 E100 20.893

Ulu Pauh

ALHAMDULILLAH kami diberi kepercayaan oleh pihak kerajaan negeri Perlis untuk melaksanakan satu tugas yang agak berat lagi mencabar iaitu membina sebuah litar terjunan dalam satu julat waktu yang singkat. DENGAN berbekalkan minat, keazaman dan semangat serta ingin melihat kemajuan sukan basikal, kami menerima pelawaan tersebut.

Di satu lokasi yang sudah ditentukan, disebuah bukit yang ‘kosong’ dibelakang Politeknik Syed Sirajuddin, Ulu Pauh. Kami memulakan tugas pada 06/05/2014 dan perlu ‘serah’  litar ini kepada pihak Kerajaan Negeri (SUKMA Perlis) pada 15/05/2014.

BERKAT kesabaran & kerjasama erat penggiat MTB Kedah/Perlis, perlaksanaan projek berjalan amat lancar sekali dan menjadikan perkembangan projek sungguh memberansangkan. Dimasa yang sama pihak UCI telah hadir membuat pemeriksaan tapak pada 09/05/2014 serta memberi pandangan dan komen bagi meningkatkan lagi keupayaan trek.

Dengan meletakkan piawaian masa larian selama 2 minit, INSYAALLAH kami akan cuba jadikan trek ini antara yang terbaik. Untuk jarak larian terjunan sejauh ±1,000 meter, kami menuruti dan merentas teres, pelbagai halangan diadakan, beberapa rintangan sengaja diwujudkan, tunggul dan batu sengaja ditambah semata-mata untuk memenuhi piawaian yang dikehendaki oleh pihak UCI - (.L'Union Cycliste Internationale (UCI) is cycling’s International Federation recognised by the International Olympic Committee (IOC))

Harapan kami semoga SUKMA 2014 ini berjalan lancar dan boleh menjadi satu penanda aras baru dalam sukan Mountain bike genre terjunan. Besarlah harapan kami dengan adanya trek ini akan lahirlah jaguan baru dari negeri Indera Kayangan.

Gambar diciluk dari Pudin, Janz, Botak, K Azuan dan kawan-kawan dari media internet

2

Kerja permulaan pada 06 Mei 2014

_MG_8079

Drop madu 3 yang akan meloncat-loncatkan jentera anda

P5104687

Jump Danork – Terjunan menurun yang mengoyah keyakinan diri

_MG_8092

Rock Garden – Momentum diperlukan

1

Rock Garden lebih junam – mencabar kemampuan dan keberanian diri

P5104782

Pihak UCI melawat Tapak

4

Bersama mendaki meninjau litar

P5104630

Mudah diurus – Pemandu Kato yang tahu apa nak dilakukan

 

P5104666

Melawan tarikan alam

P5104761

Meloncat riang – senang dan tenang