Saturday, February 28, 2015

Kayuhan Angin Timoq

Real Angin Timoq

Musim  Angin Timoq dah mai. Suasana yang kering, panas dan berangin. Bukan alasan cuaca atau kepanasan. Kayuh tetap kayuh … aktiviti tetap dijalan.

Sehubungan dengan itu, acara “Kayuhan Angin Timoq’ diadakan bagi menghimpun penunggang yang kental dari bahagian utara Semenanjung. Kayuhan anjuran sdr Wadisham diadakan pada hari Khamis, 19hb Februari 2015 (Cuti Tahun Baru China). Hampir 150 peserta tampil menyahut cabaran  iklim Tropika (Haa .. mau tau titik paling panas di Semenanjung bukan di Gurun tapi di Chuping, Perlis – Rekod suhu tertinggi dan terpanas di Malaysia ialah 40.1 °C (104.2 °F) pada tahun 1998)

Angin Timoq

Kayuhan bermula dan berakhir di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad Kangar (N6° 26.336' E100° 11.336'). Kayuhan sejauh 137km dari Kangar – Tebing Tinggi – Wang Ulu – Kuala Perlis – Kurung Tegar – Sungai Baru – Simpang Empat Che Kasim – Spg Jelempok – Felda Batu 8, Felda Guar Napai – Kg. Alor Janggus – Kg. Baru – Ulu Pauh – Sg. Serai – Padang Besar – Titi Tinggi – Timah Tasoh – Kangar.

Team kami disertai oleh Mohd Shahar, Rizal Arbi, Art IKBN, Zalmi, Pak Ku Jebat Melaka, Cikgu Fisol, En. Rostam dan Zulftree. Fuhhh, cabaran melawan alam …….

Suka suki di acara ini …layan (Mohon izin ciplak gambar dari tuan punya ya)

Angin Timoq 01

Oh Yea …..

 

Angin Timoq 03
Rehat sat oiiiii ……Hangat Lit Lit

Angin Timoq 04

Angin Timoq 05

Kayuhan Pesisir pantai

Angin Timoq 02