Wednesday, December 28, 2011

Jatuh & Cabarannya

IMG_5209

If you worried about falling off the bike, you’d never get on. ~Lance Armstrong quotes

Banyak faktor yang menyebabkan kita jatuh basikal. Antaranya berpunca dari kesilapan teknik. Kadangkala faktor ‘mood’ juga boleh mempengaruhi keadaan ini. Jadi kalau yang ‘tak boleh’ semalam tu janganlah dok ‘tebiang’ dok mai kayuh .. kelak emosi mempengaruhi prestasi.

Bagi mengurangkan risiko kecederaan, pihak kami sentiasa menitikberatkan soal keselamatan semasa berMTB. Kebelakangan ini ramai juga rakan yang jatuh, tetapi kecederaan mereka sangat minima.

NEVER REGRET TO GO

 

Layan …..

 

IMG_5205

IMG_5213

Hentaman pada pokok, namun alhamdulillah atas asbab urge yang kukuh, hanya helmet pecah, orang penin jer

Sebab itu kami sentiasa mencadangkan sesuatu barangan yang terbukti diuji secara real

_MG_0324

Keselamatan dititikberatkan..alhamdulillah takdak apa-apa

Friday, December 23, 2011

Melengkapkan Trek Hosba

IMG_5965

 

Setelah beberapa kali ‘meriki’, penat mencari. Akhirnya Trek Hosba hampir 80% lengkap.

Hari ini beberapa rider tampil untuk membuat penilaian atas trek ini.

Pasukan penilai merumuskan: -

  • Jarak yang sesuai 25 – 30km
  • Trek ini sesuai untuk rider intermediate. Walaubagaimanapun beginner masih boleh menyertainya tetapi harus berhati-hati dan dibimbing.
  • Ada laluan single trek terutama laluan mini tar boleh di beri pilihan kerana laluan tersebut sedikit 'hambar'
  • Rider dinasihatkan menitik beratkan soal keselamatan diri.

Insyaalah, pada awal tahun 2012, kami akan menjemput rider yang berminat untuk menikmati trek ini.

LAGI GAMBAR DI FACEBOOK

Turun Bukit Buluh

 

 

IMG_5940

IMG_5950

Tandop hari ni menciwi Santa Cruz Nomadnya ..sambil menjunjung Go Pro Hero 2

IMG_5960

Yang hadir hari ni: dari Kiri - Cikgu Wan, Zaim The Banshee, Zol Air Force, Alias D Pallas, Pudin TTG(duduk), Cikgu Fisol, Yus Mongoose, Nasrul aka Lontruth, Adlee @ Red Giantz(duduk), Tandope dan Adik Along Aiman.

IMG_5966

IMG_5987

Antara rideryang  jatuh hari ni .. kegelinciran kerana kelicinan

IMG_5967

IMG_5997

Hutan Buluh

IMG_6017

Adik Along Aiman .. bapak borek anak rintik .. Hanya Hardtail- Hati Kering .. berani cam pak dia ..

Tuesday, December 13, 2011

Rɛkɪ Trek Hosba: Trek Tambahan

IMG_5593

Setelah mendapat maklumbalas yang positif dari rakan-rakan  mengenai trek ini, maka laluan yang lebih panjang harus dicari untuk memberi lebih kepuasan. Sekurang-kurangnya mencecah 30km jaraknya.

Maka hari ini 5 orang ahli team meneruskan tinjauan pencarian ke daerah ini. Kaedah pencarian tanpa bantuan teknologi digunapakai iaitu: -

- Pengalaman
- Gerak hati & Firasat
- Kaedah temubual
- Arah matahari dan daun kayu

Walaupun permulaan agak mencabar kerana terpaksa menolak mendaki bukit yang dipenuhi dengan akar getah yang terbungkin, namun setelah mendapat sedikit panduan dari penoreh, maka laluan yang menarik telah diperolehi…

Laluan yang dikenalpasti tidak perlu ‘menolak’ pada yang  ada ‘qhiang’  dan DH yang tidak terlalu curam. Memasuki kebun getah dan naungan hutan buluh bagaikan terowong menambah uniknya trek ini. InsyaAllah setelah kami dapat sambungan jaringan laluan ini , kami akan menjemput para rider untuk turut sama merasainya.

SEMBAH TAHNIAH

image

Patik menjunjung kasih merafak sembah dan tahniah sempena pengisytiharan Pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong ke-14 pada hari ini 13 Dis 2011 bersamaan 17 Muharram 1433.

Ia merupakan satu penghormatan bersejarah kerana kali kedua dilantik sebagai YDPA dan menjadi satu kebanggaan kepada Kerajaan Negeri dan juga rakyat Kedah.

Layan Gambar : -

Gambar di FACEBOOK KLIK

Cabaran Awal …

 

IMG_5563

Aduihhh .. takkan nak tolak kot?

IMG_5566

Teratak penoreh di tengah kebun

IMG_5568

Abe dok cerita selok belok kawasan kebun getah ni

IMG_5570

Root section .. Yus tak kisah nak DH gak..

IMG_5574

Dah Jumpa … permulaan yang menarik

IMG_5597

Kepala Peninjau

IMG_5604

Pasukan Pencari Hari ni

IMG_5617

Bukit Hutan buluh yang cantik dan menarik

Tak rugi sapa yang mai trek ni…..

Tuesday, December 06, 2011

Kembali Beraksi Di Trek Hosba

IMG_5194

Hari ini , 8 orang rider tampil menyahut ‘seruan’ dari imam As Syeikh Md Nasrun Al Kelabi. Adrenalin meningkat ditiup semangat. Tidaklah taksub kepada satu  fahaman(FS), kepelbagaian ‘pegangan’ diterima. Hari ini ahli ‘pegangan’ hardtail (HT) dan AMT juga turut bersama.

Kayuhan hari ini bagi mencari laluan yang lebih teratur. Mungkin tidak seperti kebiiasaan dengan menuruti teres-teres getah, tetapi hari ini kami ‘merentas’ teres.  DH bagaikan ‘pump track’ bahkan geng HT ‘bisa’ melakukannya jua. Apa yang penting .. keyakinan & keberanian

Agak malang bagi sahabat yang kebelakangan ini agak ‘keliru’ dan ‘kebingungan’. Kekeliruannya mengundang petaka. Sedikit kemalangan kecil &  Alhamdulillah tiada kecederaan serius. ..

Gambar di facebook KLIK SINI

IMG_5148

IMG_5149

Hardtail pun mai harini

IMG_5152

IMG_5155

AMT/DH pun ada gak

IMG_5175

Anak murid yang sudah menunjukan potensi

IMG_5178

Yaaa …. Wan Blitz telah didera harini

IMG_5180

Teres yang cantik

IMG_5182

8 Algojo: Dari kiri: Yus, Adlee aka Red Giantz, Nasrun @ Lontruth, Fawwaz, Pudin TTG, Alias D Pallas, Wan Blitz ‘ Krieg’ dan Zaim Banshee

IMG_5195

Merentas teres

IMG_5218

Puas!

Saturday, December 03, 2011

Berubah Selera Lagiii .. Yang Teristimewa

image

Benarlah segala telahan sebelum ini. Wan Blitz tidak akan pernah berpuashati dengan pasangannya. Kini diceraikannya  Sessi, sijanda seksi tu.

Citarasanya pada ‘pucuk muda’. Si anak dara yang sangat istimewa ..

Rider ini yang sememangnya  bersepeda tanpa sependa ini telah memilih sepeda ‘meka’  Specialized SX Trial 2011.

image

Frame ini telah dibuktikan kekukuhan dan ketahanan oleh Darren Berrecloth ( the world's top downhill racers.)

Type  

Downhill / Freeride

Model Year

2010-2011

Frame Material

SX Trail M5 Premium Aluminum frame, ORE TT/DT, forged HT, full cartridge bearing pivots and shock yoke, ISCG mount,

Colours Black Ano

Rear Travel 

180mm

Rear Shock

Fox DHX RC4, coil over w/piggy back,

Handlebar

Renthal Fatbar® - •High strength 7 series Aluminium Alloy - Weight 345g

  
image    

Saturday, November 26, 2011

Rɛkɪ Trek Hosba

IMG_5107

Hari ini merupakan kayuhan terakhir kami di tahun Hijrah(1432). Walau hujan mencurah,  9 satria  tetap tabah walau disimbah .. tetap basah bersama  menyuntik  semangat  ….

Semuanya untuk menikmati Trek baru di mukim Hosba. Sebelum ini sudah 2 kali pasukan peninjau menjejaki laluan ini. Jarak Treknya tidaklah  jauh dan sesuai untuk tunggangan XC. Kepelbagaian suasana laluan .. dari bukit, teres getah, hutan buluh,  hutan renek dan dusun  memberi keseronokkan tunggangan dan indah pandangan.

Secara keseluruhanya trek ini sesuai untuk semua peringkat rider, tetapi rider peringkat pertengahan (terutama pengguna Fullsus) dapat menikmati lebih keenakan tunggangan disini.

Trek ini akan dikenali sebagai ‘Trek Hosba’. Selepas ini akan ada pecahan-pecahan laluan dari laluan asas ini. Maka dengan ini bertambah lagi koleksi trek mainan kami,

Untitled-1 copy

‘ SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRIYAH 1433 ‘

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

KLIK Untuk Gambar di Facebook

image

DApatan dari tinjauan awal : jarak 13km

TQ Adlee : KLIK  untuk lihat uploadnya

IMG_5064

Tapak Permulaan: Pihak kami tetap meneruskan aktiviti yang diatur walau ujan turun sekalipun

IMG_5072

IMG_5081

Terasa seperti trek Poli lak ..Yela tak jauh tu , mungkin akan dapat sambungannya

IMG_5085

IMG_5090

Huyooo .. lajunya Abang Ai

IMG_5091

Meredah air

IMG_5106

Berada dipuncak

IMG_5110

Tunjuk ajarku Sifu

IMG_5112

Drop yang menarik disini

IMG_5115

Abang Ai ..cool jer ambil drop ni

IMG_5127

Sama-sama memerhati bukit yang perlu didaki

IMG_5130

Antara cabaran yang dilalui ..tapi BESTTTTTT