Wednesday, October 26, 2011

Kayuhan Muruku Di Bukit Kok Deng

IMG_4537
 
Sebermula tanggalnya 28 Zulkaedah tahun harimau(2011), di ketika rakan Dibenua Keling merayakan “Pesta Cahaya”  .. di sebuah bukit yang bukannya Bukit Saguntang tapi bukitnya Kok Deng, yang menjadi perenggan dua negeri. Satunya atas “Kayangan”(Perlis) dan satu lagi di “Bawah Lindungan Bulan”(Kota Siputeh = Kedah) . Maka diketika matahari naik segalah, perit panas mula menggigit yang  membakar kulit,. Kelompok pria(jemaah) ‘tajdid’ berbondong-bondong merentas ladang mendaki bukit  mencari jalan hakikat, ‘mencari’ ketenangan hati. Bermujahadah diri
 
Jemaah berbaiah pada imam(syeikh Veyron) yang membimbing ke jalan yang ‘benar’ lagi ‘betul’. Tidak pada jalan yang sesat lagi menyesatkan. Membuka jalan yang ‘terhijab’ sambil  ‘mengasuh’  jemaah  menghindar godaan dan rintangan(menuruni lembah dan lurah, meredah onak dan duri). Membawa ajaran yang terang lagi bersuluh.
 
Alhamdulillah ‘tamam’ dengan selamat
 
Jemaah = 72 orang
Imam = Assyeikh Hairul Anuar Al Veroni
Lokasi suluk: Bukit Kodiang
Sweeper = Chan( malican) NXT
Anjuran: Jemaah Al Tuntun (GTG)
 
 
Beriadah sambil beramal – Tabung Adik Nur Damia Imani dilancar: Adik ini telah menjalani pembedahan jantung berlubang tempohari dan akan menjalani rawatan susulan lagi..
 
Bagi membantu keluarganya sila Infaqkan ke Maybank No, Akaun 102045257063 atas nama Mohamad Faizal Bin Manaf(ayah Nur Damia)
 
320571_279522825415259_100000726309063_907056_777292640_n
6.30am udah berkumpul di Maybank Jitra – berkonvoi ke Pauh, Perlis
 
IMG_4450
Bermula di hadapan Pasaraya Wah Seah, Pauh, Perlis
 
IMG_4454
Aluan dari Cik Azali (GB – Perlis)
 
IMG_4457
Beramal - Kutipan Amal Kayuhan amal adik Nur Damia
Imani
IMG_4445
Kapten Jamal: Kayuhan terakhir dengan geng Kedah/Perlis
 
IMG_4466
Ustaz Raja AlHafiz membimbing doa sebelum memula langkah
 
IMG_4469
Bertemu rakan lama: Gerek naik karat dah tu..??
 
IMG_4481
IMG_4503
Sweeper  dok buat kiraan jemaah
 
IMG_4539
IMG_4560
Berenti rehat menunggu rakan sambil runais kuku
 
IMG_4584
Saling membantu : tayar dan orang pancit
 
IMG_4596
Muka keremot pasai letih tu – nak angkat dah tak larat

Thursday, October 06, 2011

Perpisahan Tanpa Rela

IMG_3491
 
Saudara Jamaluddin Bin Jumaat yang lebih kenali sebagai Kapten Jamal telah bersama dengan Team Red Flag sejak tahun 2007 lagi. (Beliau mula bertugas di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah sejak 01 September 2007).
 
Sumbangan yang besar kepada pembangunan MTB sekitar Jitra. Berbekal pengalaman dalam bidang ketenteraan, tidak hairanlah trek-trek sekitar Jitra adalah hasil dari usaha pencariannya. Beliau akan merintis denai-denai di hutan sebelum kami meneroka/membuka laluan. Sumbangan terbesarnya adalah dalam merealisasikan Kedah Jambori dan yang terbaru kejohanan Darulaman Downhill(Siri ke 3) di Jitra tempohari.
 
Kami akan kehilangan seorang pakar pencari trek apabila beliau diarah bertugas ke Institut Latihan Tentera Udara Malaysia, Ipoh mulai 01 November 2011.
 
Perpisahan tentu mengundang perasaan hati yang berat jua. Namun apabila dikenang saat bersama, tentulah ianya akan menjadi detik kenangan manis yang tidak akan dilupakan. Semoga khidmat baktinya akan terus subur ditempat barunya, baik kepada agama, negara, bangsa dan dunia MTB
 
 
Pihak kami merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga dan mendoakan beliau sentiasa di Rahmati oleh Allah SWT, diberikan kesihatan tubuh badan, ditambahkan ilmu pengetahuan dan mudah naik pangkat lagi bagi manfaat agama, bangsa dan negara.
 
Terima Kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah ditunjukkan selama ini. Jasa beliau tidak dapat kami balas tetapi akan sentiasa dikenang
 
‘JASAMU DIKENANG’
 
 
IMG_4047
Majlis Meraikan Perpisahan Beliau
 
_MG_0239
Merintis jalan: Berat yang dipikul