Monday, January 30, 2012

Trek DH UCI Ulu Chepor

IMG_7213

Hari ini (28/01/2012) kami sampai lagi ke Trek  ini, seminggu sebelum tu, (22/1/2012) kami dah mai.  Seperti ada sesuatu yang menarik kami untuk ke sini lagi.  Bukan sekadar Air terjunnya yang  dapat menyejukkan dan menyegarkan badan dek keletihan lepas menolak dan berDH. Bunyi-bunyi deruan air terjunnya juga dapat menarik aura dan ‘energy’ bagi menyegarkan badan. Bunyian unggas bagaikan melodi indah menyegarkan minda. Dan yang penting adalah treknya.

Trek ini dibangunkan oleh sekelompok penggemar DH yang udah ‘kowtim’ dengan pihak pengurusan hutan Lipur ini. Sebab itu nak masuk hanya unjukkan '’gerek’ anda yang menjadi tiket masuk percuma. Jika tidak, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM3.00 per entry.

Trek sepanjang ±800 meter sudah cukup untuk menaikkan adrenalin anda. Drop, jump, root section, swithback dan lain-lain lagi pasti tidak akan mengecewakan penunggang. Bukan sekadar peminat DH dapat merasai kemuncak adrenalin, penunggang XC(advanced) juga dapat melakukan dengan baik (jika ada keyakinan). Trek yang sentiasa redup kerana dinaungi oleh pepohon  Hutan Simpanan Kekal Kledang Saiong. Jadi anda boleh ‘bermain’ pada bila-bila  waktu (siang)

Terima kasih sahabat-sahabat Ipoh yang melayan dan membenarkan kami mengetest trek anda .. syabas

Layan gambar : Video di bawah sekali

Botak

Botak yang tak mencapai klimaks di sini  (Pic:TQ Amirul Hakim)

IMG_7184

‘Jump’ celah pokok chempedak

IMG_7186

OffCamber

IMG_7191

TUDIA .. Rock Garden dan akaq ditambah lagi ada aliran air ..  lurah yang basah yang perlu diterokai dengan rakus  bakal ‘menghonggar’ basikal  dan menguji keskillan anda

IMG_7255

Dok ‘scan’ sebelum ‘action’

Wan Blitz

Wan Blitz JUMP(bak nyanyian Van Halen ) - (Pic:TQ Amirul Hakim)

SAntai di trek UCI Ulu Chepor
Weeetttt …

Monday, January 23, 2012

Selamat Pengantin Baru Tempe

IMG_7161

Tarikh:  23 Januari 2012 – Isnin

Lokasi: No. 98, Batu 4,  Anak Bukit, Alor Setar, Kedah

Mohd. Nazri Bin Ahmad atau dikenali sebagai ‘Tempe’ telah mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis pilihan dari Pumpong, Kedah, Roshahila binti Mohd. Radzi. Akad nikah dijalankan dengan selamatnya pada hari Jumaat, 20 Januari 2012 lalu.

Alhamdulillah, kami dari team Redflag dan KeDH mengucapkan tahniah dan syukur atas majlis perkahwinan ini. Semoga berbahagialah hendaknya dalam melayari ‘bahtera’ anda.

Prestasinya kini sedang meningkat dan Harapan kami agar dunia basikal dikilik bersama – jangan tinggal terusssss ..

IMG_7153

Pudin TTG bersama pasangan mempelai

IMG_7160

Pengantin  diapit kiri kanan oleh geng Redflag: di kiri Nasron, Wan Blitz kanan pasangan bujang 2 beradik – Khirul Azuan dan Kharil Amri

IMG_7162

TAHNIAH !


image

Pada kesempatan ini kami mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua rider/pembaca blog ini, terutamanya mereka yang berbangsa Cina.

 

 

Monday, January 16, 2012

Enduro Downhill @ Gunung Jerai

IMG_6840

Date : 15.1.2012
Uplift : 8.30am Titi Hayun, Yan, Kedah
Start  : 10.00 am
Distance : aprox 6km in 2hr
Terrain : Natural DH trail/trekking with roots garden
Suitable for 120mm-200mm travel bikes or hardtail 4x,
FEES : RM 16/rider for rental of lorries/van

Lama benar kami tidak ke sini. Hari ini gabungan team Redflag, Team Kedah DH dan Geng Alor Setar Street Bike (ASSBT) seramai 18 orang menyahut cabaran untuk DH ke kaki gunung Jerai hingga ke Titi Hayun.

Tidak lagi menuruni melalui ‘Tangga 1000 Kenari’ yang pasti menggoncang dada. Laluan baru di temui untuk diterokai. Denai-denai trekker di terjah. Maka kesimpulannya kerja-kerja pembersihan kena dilakukan di  trek baru ini.

Lagi gambar di FACEBOOK

IMG_6731

Meraikan tetamu dari Kuala Lumpur, Sdr. Farididil Fadzreen,  Khairul Hakimin dan PP dari Jitra

IMG_6732

Kenderaan yang membawa naik basikal

IMG_6736

hari ni bawa gerek Fork keras ..

IMG_6738

Bergaya bersama gerek baru

IMG_6748

Taklimat awal dari Cikgu

IMG_6753

Hari tak ujan, langit tak mendung , tengah panas pakai baju hujan … SAH ..dalam kegersangan nih…..

IMG_6759

Permulaan

IMG_6772

Gerek berat …

IMG_6787

Hard Tail pon boleh …tapi perlukan keberanian dan keyakinan

IMG_6872

IMG_6801

Antara halangan

IMG_6834

Menyusup di celah akar

IMG_6804

CP 3

IMG_6857

Sweeeper

IMG_6879

Bersama dr. pakar sakit puan

IMG_6894

Berbincang pasai laluan baru

IMG_6913

Penamat …

IMG_6919

Menyegarkan badan di Ayer Terjun Titi Hayun


image

Daulat Tuanku

Patik Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Hari Keputeraan Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-84

Pada hari Ahad, 15 Januari 2012, bersamaan 21 Safar 1433 H

Sunday, January 08, 2012

Salam Tahun Baru, Selamat Bertandang

IMG_6309

Baru 7 hari melangkah Tahun baru 2012, tidak terlambat untuk pihak kami mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012. Semoga tahun 2012 aktiviti dari pihak kami akan ditingkatkan.  Syukur jua Blog Redflag masih beroperasi menandakan bahawa  ahi-ahlinya masih beristiqamah dalam aktiviti kayuhan. 

Sepanjang tahun 2011, pihak kami telah membina trek terjunan (DH) dan trek latihan kepada para rider untuk meningkatkan kemahiran dalam pengendalian MTB. Kemuncak dari pencarian ini, pihak kami bersama team Kedah DH berjaya menyediakan trek yang sesuai untuk kejohanan Downhill yang bertaraf kebangsaan/antarabangsa pada bulan Mei 2011 lalu. Mungkin ia bukan yang terbaik tetapi antara yang terbaik.

Tahun 2012

Sebermulanya Tahun  2012, Aktiviti kami pastinya di Trek Hosba. Melalui saudara Pudin TTG telah mewar-warkan kepada rider sekitar utara untuk bertandang ke trek ini. Walaupun kehadiran cuma 24 orang tetapi aktiviti ini berjaya menarik perhatian rider dari Kulim, Penang, Yan dan Sungai Petani. Bahkan ada beberapa orang rider yang masih baru, dengan sedikit bimbingan mereka sudah ada keyakinan untuk mengambil beberapa drop.

Trek Hosba ini akan menjadi tumpuan dan perhatian kami. Fasa 1 dan Fasa 2 telah diperolehi. Beberapa laluan yang sudah dikenalpasti akan terus diterokai untuk dikongsi bersama.

Insyaallah hasil dari pencarian trek ini, pihak kami akan melaksanakan event yang bersesuaian nanti…

Layan gambar .. 

Lagi gambar di FACEBOOK

IMG_6323

IMG_6297

Sumi dari Kulim pun ader …

IMG_6269

image

Peserta dari Oman .. kayuhan menghijau vs kayuhan batuan

image

Gerekk AMT memang berat .. ada alasan yang kuat

IMG_6338

Mat karan dari SAZA Sungai Petani .. teruja dan prestasi nya  cukup memberansangkan

IMG_6285_fhdr

Antara yang tampil menyahut seruan

IMG_6259

Setelah sekian lama tak beroffroad .. Adihariman pun ader gak ..

image

Martabat makin tinggi ..Mencari hakikat

IMG_6286

Hanif, walau jatuh dek handle sangkut pokok, namun masih ‘Tabah’ dan kuat semangatnya