Wednesday, August 29, 2012

Kayuhan Mencéwi – Spin and Grin

IMG_0918

Laluan: Jitra – Alor Setar - Jitra - Tunjang – Alor Setar

Gerombolan 16 roadie  yang bermula dari 2 lokasi bertemu di Anak Bukit. Kayuhan sebagai meraikan sahabat dengan RB barunya dan mencewi kelunakan putaran ‘kong’  jenama Spinergy. Kayuhan santai selang laju bagi membiasakan ahli  dengan rentak kayuhan dalam jemaah.

Sudah ramai kalangan kami yang memilih roadbike. Ia sebagai pilihan untuk kayuhan yang berkonsepkan enduran disamping mempelbagaikan dan merasai aneka kenderaan 2 roda tanpa enjin ini. 

Saudara Nasron sudah mula berjinak dengan genre baru iaitu RB. Penampilannya dengan S-Work TARMAC SL4 – Saxo Bank yang di customizednya beserta komponen Dura Ace dan wheel set Spinergy STEALTH FCT.

2 rakan lagi iaitu Zalmi dan Art turut meranggikan basikal mereka dengan wheel set Spinergy XAEro Lite. Kalangan team kami memilih menggunakan wheel set Spinergy (samada RB/MTB) kerana rim ini sudah terbukti ketahananya. Ia menggunakan teknologi PBO (polyphenylene bensobisoxazole) Fiber Spoke yang dapat menyerap hentakan, ringan dan  putaran yang lebih lancar.  Ianya 3 kali lebih kukuh dari stainless steel dan sangat ringan.

Light and Fast!!!

 

IMG_0917

16 Rider dari Alor Setar, Jitra dan termasuk seorang wakil SPCC

IMG_0915

Menanti rakan dari Jitra di hadapan Istana Anak Bukit

IMG_0921

Barang baru – perlu diselaras untuk menyesuaikan

IMG_0923

Otai RB

IMG_0925

ART & ART

Sunday, August 26, 2012

Sambutan Lebaran 2012 & Majlis Bacaan Yaasin/Tahlil

Menghimpun komuniti basikal untuk mengerat silaturahim sambil beribadah. Berkat Yaasin dan doa dibaca memohon keselamatan  saudara Alias D’ Pallas  yang akan mempertaruhkan nyawa di perantauan mempertahankan misi pasukan pencari Malaysia(Petronas) dari kacau ganggu lanun.

Lebih dari 50 tetamu hadir yang kebanyakkan adalah rider(dari Alor Setar hingga ke Perlis) sama-sama membaca Yasin yang dipimpin oleh Al Ustaz Raja Azrifuddin sambil menadah tangan memohon rahmat dan doa.

Sama-sama menyumbang tenaga, kuih dan ketupat rendang bagi memeriahkan majlis yang diadakan pada malam Sabtu (jam 9.00) pada hari raya ke 7  bersamaan 25 Ogos 2012 bertempat di kediaman Alias iaitu di Kampung Gelam (berhampiran Taman Suria), Jitra, Kedah Darul Aman, Malaysia.

Sesuai dengan matlamat kami, bukan sekadar riadah yang dicari, ibadah tak dilupa, silaturahim tak dipinggir.

IMG_0893

Orang yang di rai – Alias

IMG_0894

Khalifah majlis, Ustaz Raja Azrifuddin memimpin jemaah.

IMG_0896

Menjamu selera, Rider Perlis pun ada, (GTG)

IMG_0892

Konsep sederhana – bersila

IMG_0898

Pelbagai lapisan usia yang hadir. Ada yang bersendiri, yang berteman dan berpasangan. Yang berkeluarga dan bujang

Sunday, August 12, 2012

Moreh di puncak Kelubi

 

11 Ogos 2012

Di bulan  Ramadhan, banyak juga rider yang berehat untuk melakukan  riadah ooffroad, namun bagi kami ianya bukanlah satu halangan. Beriadah sambil beribadah, itulah konsep yang cuba diterap oleh kami.

Udara yang kering lagi berjerubu tidak menghalang 17 orang rider Alor Setar, Jitra, Changloon dan Perlis untuk melakukan kayuhan ke Bukit Kelubi pada malam hari hingga dinihari. Kayuhan ini adalah kesinambungan dari kayuhan minggu lalu yang berjaya menghimpunkan seramai 25 orang rider. Ianya juga untuk meraikan ahli kami(Kapten Jamal) yang pulang ke kampung halaman isterinya. Beliau memang amat teruja dengan trek bukit kelubi ini bahkan pernah mendaki pada siang hari (bulan puasa la).

Kami bermula agak lewat iaitu pada jam 11.30 malam(Selesai berterawih). Hampir I jam mendaki dan tiba di puncak pada jam 12.15am. Di puncak kami melepas lelah dan menikmati moreh yang ditaja oleh saudara Md. Nasron. Sedap berehat menikmati tiupan angin malam yang membelai muka sambil menikmati nescafe dengan mencicah roti kering dan ‘roti john’.

Malam yang gelap dan laluan yang berbatu( loose gravel) berjaya diatasi oleh kesemua penunggang yang hampir semua menaiki AM/FS . Selamat tiba ke tempat parkir kereta pada jam 1.45 pagi.

Terima kasih diucapkan kepada pada semua rider yang sudi hadir berkayuh ke sini. Tidak lupa juga kepada 4 orang marshall yang turut mengiringi rider mendaki disamping menyedia minuman nescafe dan moreh.

Gambar gambar di FACEBOOK

IMG_0696

Dari Kiri belakang: Art TTBC((Marshall)). Pudin TTG (Marshall), Izwan, Shah, Veyron, Nasron, Cipon, Doha, Fawwaz, Zahir, Mat Nooq, Kapitan Jamal,

Depan dari kiri: Buyong Batoque, Adik irfan, Art IKBN dan Khusairi (tadak dalam gambaq Wan Blitz)

IMG_0649

Si Veyron bagaikan Darth Vader

IMG_0654

Ed dok belek Transition baru

IMG_0664

berkumpul untuk taklimat

IMG_0668

Penderaan fizikal

IMG_0672

IMG_0677

Nescafe + Roti John

IMG_0679

Moreh tajaan Md. Nasron

IMG_0715

IMG_0718

Gerek ni ada otak

IMG_0723

Naik 17 , balik pun 17 … cukup dah, alhamdulillah selamat

Saturday, August 04, 2012

Majlis Berbuka Pengerat Ukhwah

Majlis Iftar

Aktiviti pertama kami selepas perubahan nama ini ialah menganjurkan Majlis berbuka puasa kepada ahli terutama pada mereka yang pernah memberi sumbangan menjayakan beberapa siri kejohanan tempohari disamping mengeratkan silaturahim sesama ahli. Seramai 35 orang dijemput untuk menghadiri majlis ini yang diadakan di Restoren Dusun Permai, Jitra, Kedah pada hari Jumaat 3 Ogos 2012. Selepas berbuka, sama-sama kami menunaikan ibadah di surau yang berhampiran. Insyaallah dimasa hadapan program sebegini akan diteruskan lagi

Riadah dan Ibadah Pengerat Ukhwah 

IMG_0550

Sedang menanti rakan, menunggu waktu berbuka