Sunday, January 06, 2013

Kayuhan Ukhwah Tahun Baru 2013

P1050184

Memulakan tahun baru 2013 pada 5 Januari 2013 (Sabtu), kami mengatur aktiviti kayuhan riadah ukhwah menuju utara ke Padang Besar, Perlis. Hanya memintas negeri tidak sempadan. Acara  yang dikenali sebagai “KAYUHAN TAHUN BARU’. Penyelaras program ialah saudara Zalmi B Samsudin. Jarak kayuhan (pergi balik) hanyalah sekitar 130km. .Seawal bulan November perancangan telah diatur dan tinjauan jalan telah dilaksanakan beberapa kali.

Kayuhan ini berjaya menghimpun lebih dari 30 rider Kedah/Perlis seperti JCyC, Gerek Baru, SPCC, TRM,  Lunas, Kulim, Perlis  dan lain-lain lagi. Pihak kami menyedia 2 buah ‘support car’ dan sebuah disediakan oleh pihak SPCC.

Aktiviti bermula pada jam 7.50 pagi dengan taklimat dan doa di perkarangan kedai TM Bike ,  Pekan Tanah Merah, Jitra. Bersarapan di restoran Nashmir sebelum menuju (8.20am) ke Kampung Gelong -> Guar Napai-Kg Baru - >- > Pauh-Felda Chuping – Padang Besar. ‘Regroup’ di Simpang ke Kampung Baru( Lebuhraya Changloon – K. Perlis) dengan penyertaan team TRM dan MTB Perlis dan seterusnya menuju ke  Padang Besar melalui Felda Chuping. Tiba di Padang Besar  pada jam ±10.20 pagi. Berhenti rehat sambil melapik perut untuk mengembalikan tenaga.

Fasa kedua kayuhan   sejauh 70km yang bermula dari Padang Besar –> Kangar –> Arau –> Jitra-Kedai TM.  Kayuhan bermula pada jam 11.45pagi . Fasa ini merupakan cabaran sebenar dalam event ini.  Terpaksa melawan rintangan angin dan menahan peritnya kulit dibakar matahari. Minda dicabar, fizikal dikerah, air terpaksa ditambah. Masing-masing mengawal rentak kayuhan  agar tidak di serang dan di ‘tokak’ oleh ‘bewak’. 

Perjalanan pulang bergerak dalam 3 kelompok. Alhamdulillah semuanya selamat tiba dan kelompok pertama berjaya menamatkan kayuhan pada jam 2.50 petang, Kelompok kedua pada jam 3.20ptg dan kelompok ketiga(sweeper) pada jam 3.35petang.

ALHAMDULILLAH – Kayuhan ini menguji keupayaan mental dan fizikal peserta, ia juga secara tidak langsung memberi pengalaman baru dalam pengurusan event dan sifat kerjasama pasukan.  INSYAALAH kerjasama Kayuhan Ukhwah sebegini akan diteruskan lagi .

P1050121

Geng JCyC – Penyelaras event

P1050126

SPCC

P1050127

JCyC & Md Krie

P1050133

Doa

P1050142

Sini ada gon sikit jer

P1050143

Support car

P1050145

Regroup – TRM dan Geng MTB Perlis Join

P1050163

Sweeper

P1050220

geng  MTB (Dikepalai oleh bapak Shah)  - Kuat  puak ni ..

P1050271

Geng laju - Kelompok pertama

P1050363

Regroup

P1050420

Tambah bendalir

P1050422

2.50 pm – kelompok pertama sampai

P1050429

3.20pm Ketibaan kelompok ke2