Thursday, August 29, 2013

Melatih Pelapis Muda

IMG_1678

Dengan pengalaman mengendalikan beberapa kursus MTB telah mendapat perhatian pihak pengurusan Maktab Rendah Sains Rendah MARA (MRSM) Kubang Pasu untuk melantik Saudara Mohd. Nasron Bin Md. Noor sebagai jurulatih kelab MTB MRSM mulai 28 Ogos 2013. Kepercayaan yang diberikan adalah sebagai satu tanggungjawab untuk melatih para pelajar dalam aktiviti kokurikulum.IMG_1683

Setting basikal

Melaraskan basikal sambil diperhatikan oleh cikgu Zahir

P8292967

Tudiaa ..takdan ajar lagi dah ada kemampuan dan keberanian

Latihan Kokurikulum dijalankan setiap hari selasa. Sebelum ini kelas pengenalan dan penyelenggaraan telah dilakukan. Ia sebagai persiapan untuk program ‘Merdeka Ride’. Acara sulong sejauh 50km untuk berjumpa dengan Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Paduka Mukhriz Bin Tun Dr Mahathir yang dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini  29 Ogos 2013. Kesempatan untuk meluangkan masa untuk bertemu dengan pelajar MRSM ini amat dihargai.

Semoga bimbingan dari saudara Mohd Nasron akan meningkatkan lagi kemajuan dunia MTB di MRSM Kubang Pasu

P8292741

Flag Off oleh Pengetua MRSM pada jam 7.50 pagi

P8292754

Acara ini di eskot oleh pihak polis lalulintas bagi melancarkan kayuhan dan kawalan keselamatan dijalanraya

P8292769

Kayuhan di pagi yang redup dan dingin

P8292775

P8292776

Tanggungjawab seorang guru – masalah teknikal juga kena tackle

P8292792

Hebat ..baru mula kayuh dah boleh kayuh sejauh 50km

P8292842

berkumpul dihadapan Dataran Darulaman

P8292860

Acara juga mendapat liputan beberapa media tempatan

P8292883

P8292901

Bersama YAB Dato’ Paduka Mukhriz yang juga bekas pelajar MRSM

P8292938

P8292962

Monday, August 12, 2013

Aidil Fitri Disambut, Aktiviti di Mula.

Seperti tahun-tahun lalu, pasti saudara Zaim akan mengadakan rumah terbuka. Meraikan aidil fitri dikediamannya di No. 172 Darulaman Heights tanggal 11 Ogos 2013 (Raya ke 4). Jemputan dari saudara mara, rakan dan jiran. Tak ketinggalan geng basikal. Kenalan dari Jitra, Alor Setar bahkan dari Perlis dijemput untuk memeriahkan.

Tahun ini Ramdhannya disambut bersama keluarga lantaran tidak mendapat Visa umrah, tidak seperti tahun yang berlalu, sebulan penuh beliau di Mekah. Takziah juga diucapkan atas kembalinya mertua ke Rahmatullah tempohari.

IMG_1484

IMG_1488

IMG_1490

Petangnya team kami memulakan agenda dengan mengunjungi Bike Park. Melihat kembali apa sudah jadi setelah lebih sebulan ditinggalkan. Walaupun trek nampak ok namun ada beberapa section perlu diperbaiki. Rumput dan semak semakin menebal maka gotong royong untuk penyelenggaraan amat diperlukan. Kami berharap setiap hujung minggu ia akan kembali dikunjungi untuk menaikkan kembali ‘seri’.

IMG_1494

Hafiz semakin berani

IMG_1500

Cikgu Wan semakin garang dengan Polygonya

P8112466

Botak seperti biasa ….dihenjut dan belasah gereknya kaw punya

P8112470

Penampilan khas dari rider Internasional

P8112493

P8112499

hakisan hujan melonggarkan batuan

P8112528

loncatan penyudah

IMG_1502

petang yang tenang

P8112532

rakan lama  - merasai trek dikampung halaman