Wednesday, March 11, 2015

Melestarikan Trek Hosba

Trek Hosba trek teknikal penuh gaya. Trek yang dapat meransang adrenalin. Bukitnya tak tinggi, mudah didaki sedap dituruni. Sudah lama rasanya kami tidak mengunjungi Trek ini. Sebahagian dari treknya terutama di ‘Felda Trail’, telah dipugar bagi tujuan ‘projek tanaman semula’. Proses penebangan dan tanaman semula telah merubah lanskap dan pola trek sediada. Section Urge – tidak dapatlah merasa trek ala ‘pump trek’ yang membuat kita terlompat-lompat di teres nya. Section Hope – Tiada lagi pokok getah untuk meliuk-liuk dicelahnya, mengelak cawan-cawan getah, membelah  akar yang terbungkin merintang laluan.

Hosba Trail[4]

Trek Hosba – Pecahan 1 :  sejauh 16km

MAKA bagi meneruskan ligasi trek Hosba, laluan baru harus dicari. Hari ini sekumpulan 5 pria budiman ( The league of gentlemen) mengambil inisiatif ini dengan meredah kebun getah dan hutan renek. Denai di jejaki, hutan dimasuki. Bak kata pepatah dulu kala ‘ Berjalanlah dengan mulut’ maka setiap makhluk yang dijumpai akan ditanya disamping teknologi di gunapakai (Garmin). Alhamdulillah walau jarak yang pendek dijumpai namun sudah ada kesinambungan laluan yang menghubungkan ke section Urge. Kami akan cuba hindarkan Felda Trail dengan mencari laluan pilihan yang lebih redup dan mencabar. Sesungguhnya banyak lagi bukit dan gon di kawasan sekitar, jalan dan denai tersedia untuk diterokai, namun hanya yang bersesuaian akan dipilih. INSYAALLAH dengan komitmen beberapa sahabat yang komited, jalinan baru pasti akan terhasil.

Hosba2

Merah adalah hasil riki hari ini , hijau hasil Riki Tempohari dan Biru adalah Trek Penuh – Pecahan 1

P3060001

Jumpa Kembali – Basikal ini hilang sejak tahun 2013 dan jumpa kembali baru-baru ini di Grik

P3060005

Awal Pendakian – melalui kawasan tanaman semula kelapa sawit

P3060009

P3060013

Kawasan Kebun Getah yang bersih

P3060022

Menerjah kawasan dusun

P3060026

Menuruni gon

P3060033

Dangau mewah di atas Bukit

P3060037

Hati-Hati: Kawalan  semasa penurunan, lurah air yang tertutup dengan dedaun getah

P3060042

Berbincang tentang laluan

P3060044

Hutan renek

P3060046

Section Urge

P3060048

P3060050

Kawasan hutan buluh – cantik & tenang disini