27 Ramadhan 1436H (Selasa – 14 Julai 2015) - Pihak kami telah menganjurkan Majlis Iftar bertempat di Restoren Sala Kitchen, No. 5, Kompleks Perniagaan Saga, Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar Kedah.
Majlis ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah islamiyyah sesama ahli. Majlis ini ditaja oleh seorang Hamba Allah yang sentiasa menyokong aktiviti kami.
Pada tarikh yang sama siaran mengenai aktiviti kami disiarkan di dalam sebuah rancangan “Jom Kayuh” yang disiarkan di saluran Astro 180 @ Tvi pada jam 4.00 petang dan ulangan pada jam 4.30am. Terima kasih diucapkan kepada penerbit kerana memberi peluang kepada kami bagi pengisian slot Jom Kayuh.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga majlis seperti ini akan diteruskan bagi merapatkan ukhwah ahli disamping dapat membangunkan semangat kerohanian, mental dan emosi.
Sabar menanti waktu berbuka
Berselera menjamah
No comments:
Post a Comment