
Hari ini merupakan kayuhan terakhir kami di tahun Hijrah(1432). Walau hujan mencurah, 9 satria tetap tabah walau disimbah .. tetap basah bersama menyuntik semangat ….
Semuanya untuk menikmati Trek baru di mukim Hosba. Sebelum ini sudah 2 kali pasukan peninjau menjejaki laluan ini. Jarak Treknya tidaklah jauh dan sesuai untuk tunggangan XC. Kepelbagaian suasana laluan .. dari bukit, teres getah, hutan buluh, hutan renek dan dusun memberi keseronokkan tunggangan dan indah pandangan.
Secara keseluruhanya trek ini sesuai untuk semua peringkat rider, tetapi rider peringkat pertengahan (terutama pengguna Fullsus) dapat menikmati lebih keenakan tunggangan disini.
Trek ini akan dikenali sebagai ‘Trek Hosba’. Selepas ini akan ada pecahan-pecahan laluan dari laluan asas ini. Maka dengan ini bertambah lagi koleksi trek mainan kami,

‘ SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRIYAH 1433 ‘
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
KLIK Untuk Gambar di Facebook

DApatan dari tinjauan awal : jarak 13km
TQ Adlee : KLIK untuk lihat uploadnya

Tapak Permulaan: Pihak kami tetap meneruskan aktiviti yang diatur walau ujan turun sekalipun


Terasa seperti trek Poli lak ..Yela tak jauh tu , mungkin akan dapat sambungannya


Huyooo .. lajunya Abang Ai

Meredah air

Berada dipuncak

Tunjuk ajarku Sifu

Drop yang menarik disini

Abang Ai ..cool jer ambil drop ni

Sama-sama memerhati bukit yang perlu didaki

Antara cabaran yang dilalui ..tapi BESTTTTTT