Monday, May 28, 2012

Karnival MTB DH @ Putrajaya

IMG_9738

Bersempena dengan Karnival Himpunan Jutaan Belia 2012,  pihak urusetia telah menyediakan pelbagai program dan aktiviti bagi memeriahkan acara ini. Tidak ketinggalan acara sukan MTB DH & XCO.

Team kami turut menyertai kejohanan Downhill yang diadakan pada 26 Mei 2012 bertempat di PCP ( Putrajaya Challenge Park). Turut serta adalah team dari Perlis yang pertama kali menyertai kejohanan Downhill. Pihak kami menampilkan pendatang baru arena genre DH, saudara Alias D’Pallas yang menunggang AMT Banshee Rune berjaya pada kedudukan ke 15 dengan catatan masa 1 minit 53 saat.

Perlis DH diwakili oleh Saudara Mohd. Yaman  dan  Ahmad Fitri Abdul Halim aka Fitri DBos. Walaupun pertama kali menyertai, hasil dari usaha bersungguh-sungguh berkat latihan, ternyata pencapaian mereka boleh dibanggakan.

Penyertaan yang agak ramai dari pelbagai negeri & negara seperti Singapura, Philippines dan Iran

Nama

Kategori

Plet No.

  Mohd. Nasron

Master B

DMB 24

  Alias D’Pallas

Master B

DMB 25

  Mohd. Yaman

Master A

DMA 22

  Fitri DBos

Men Sports

DS 19

  Wan Blitz

Men Expert

DX 01

Karnival ini Bertemakan “Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Ini “

Gambar di FACEBOOK akan menyusul

_MG_0843

DBos In Action

_MG_0856

Team UCi Ipoh Kona ..perghhh..

_MG_0892

Master Yamm

_MG_0900

Master Lont

_MG_0957

_MG_0976

Yamm an in Action

_MG_0998

AM menggaru kepala ..heran pasai pa tayar semedang pancit

 

_MG_1092

Alias D’Pallas menunjai naik sebelum ke penamat

_MG_1097

Mendarat selamat

_MG_1104

Yamm ..meletakkan dirinya dalam senarai jaguan

_MG_1126

_MG_1138

Ouchhhh

_MG_1155

Badang …from ipoh kona ..rantai putus

_MG_1179

Bakal berguru ..

_MG_1194

Wan Blitzzzzzzzzz

_MG_1207

Rider Polygon

IMG_9714

Yeh .. dosti

IMG_9717

Akhirnya …berjaya

Saturday, May 05, 2012

Hey Gang ! Look who’s Acting

IMG_9096

Pada 30/04/2012,  pihak kami telah dihubungi oleh pihak RTM bagi  membuat liputan mengenai kegiatan kami yang melibatkan remaja dalam slot "321 mula".

Rancangan ini disiarkan disiarkan pada setiap hari Jumaat jam 10:30pm di TV2

Seramai 15 orang hadir untuk menjayakan program ini di Bike Park, Jitra pada 4 Mei 2011, jam 9.00am

Lagi Gambar di Facebook kami ..Redflag Jitra

_MG_0657 

Penerangan mengenai kelengkapan dan keselamatan rider

_MG_0699

In Action

_MG_0706

Ready

_MG_0726

Steady

_MG_0703

123 Go..

_MG_0712

Satu dua tiga …Lalu

IMG_9135

Fawaz sedang ditemuramah

IMG_9144

Adik Along Aiman

IMG_9124

Yang turut menjayakan

Sunday, April 29, 2012

Kursus Asas MTB @ Jitra

IMG_8667

Kursus ini anjuran Jabatan Belia & Sukan (JBS) Negeri Kedah dengan disertai oleh 30 orang dari beberapa daerah seluruh  Kedah. Ianya diadakan di Hotel Darulaman, Jitra Kedah selama 3 hari 2 malam iaitu dari 25 – 28 April 2012. Pihak kami telah di amanahkan untuk menjadi jurulatih dan penceramah dimana saudara Nasron dan Wanblitz terlibat secara langsung.

Kursus bermula pada jam 9.00pm(25/4/2012) dengan penerangan mengenai asas dan peralatan MTB. Keesokkan harinya teknik kayuhan, climbing, Downhill dan lain-lain di berikan.

Penekanan diberikan kepada peserta tentang halangan-halangan dan yang utama ialah  halangan mental. Kami seberapa daya upaya cuba untuk meyakinkan perserta bagi memecahkan halangan ini. Apabila halangan ini berjaya dipecah, pasti keyakinan akan dipeolehi dan seterusnya pasti dapat melakukan dengan baik.

Pada hari ketiga peserta didedahkan dengan situasi sebenar kayuhan. Mereka dibawa ke trek CP3. Maka segala teknik yang diajar telah dipraktikkan sepenuhnya.

Kejayaan kursus ini memungkinkan satu kursus advanced dilaksanakan.

Lontruth: 012-5846 288

IMG_8648

Sesi pengenalan diri dan pengenalan kepada MTB

IMG_8694

Sesi 2 di lapangan(Bike Park) . Teknik-teknik yang betul diajar

IMG_8709

Peserta diajar teknik penurunan yang betul (attack position)

IMG_8735

Yang ni untuk yang dah mahir jer ..

IMG_8738

Ada juga yang nak cuba sambil diperhati dan dinilai oleh cikgu

IMG_8780

sesi ke 3 : Penyelenggaran basikal oleh saudara Alias D’Pallas

IMG_8783

Kusyuk mendengar penerangan

IMG_8794

Sesi 4: peralatan dan keselamatan

IMG_8901

Upaca penutup dan penyampaian sijil

IMG_8907

Perasmian penutup oleh Timbalan Pengarah JBS Kedah, Tuan Haji Othman Abdul

IMG_8918

Sijil kepada peserta

IMG_8935

Cederahati


KeDH

Promote sikit:heh heh . .. Sinarharian, Ahad 29 April 2012 (Fokus Sukan) KLIK untuk membaca dan membesarkanimej

Monday, April 23, 2012

Berguru di Jitra Bike Park

IMG_8621

Dikala bulan yang baru mau berganti (30 Jamadil Awal) Hari pertama minggu terakhir. Alkisahnya Sang Adi Guru menerima kunjungan murid. Untuk berguru menuntut ilmu yang satu. Sepersalinan dibekalkan, pulut kuning buat santapan( ’menyorok’), Tiada pengeras yang dikenakan. Hanyalah semangat perlu dikuatkan. Keyakinan diri perlu diserlahkan.

Dikala embun masih membasah, dikala mentari mengintai dicelah. Bukit didaki sabar melangkah, senjata dibawa untuk bertingkah

Yaa.. hariini, saudara Maher Adib(Geng Geja) dari KL singgah ke bike park untuk mencari ilmu dari sifu. Balik mengunjungi mentuanya di Pauh, Perlis dan kebetulan abang iparnya tinggal tidak berjauhan dari Bike Park..

Segala yang patut telah diturunkan, berbagai teori dan amali telah diberikan, INSYAALAH berkat ilmu dari guru  menjadi bekalan.

UNTUK MAKLUMAN ..minggu lepas geng Sungai Petani udah turun mengadap guru. Insyaalah minggu depan ada lagi majlis ilmu kepada saudara baru (MTB seluruh Kedah ooo) … maka tunggu

IMG_8593

Dengan basikal baru yang ‘rare’ Banshee Legend MK 11 dengan shock custom jenama ‘Elka’ sepanjang 9 in

IMG_8597

Cikgu menunjuk teknik yang betul

IMG_8604

Berjaya : Bila ilmu dicurah – terus sahaja dipraktik. Sambil video diambil buat mencari silap & salah untuk dipertulkan.

IMG_8610

Serius mendengar penerangan

IMG_8614

gembira dengan ilmu yang diberi

Elev BP

Elevation