Monday, December 22, 2014
Salam Pantai Timur–Jalinan Ukhwah
Monday, July 21, 2014
Kayuhan Amal Sahabat
Tarikh: Jumaat - 18 Julai 2014 Bersamaan 20 Ramadhan 1435
Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia dan menjelang Hari Raya Aidil Fitr, kesempatan untuk beramal kepada keluarga sahabat yang meninggal dunia pada penghujung tahun 2013 iaitu Allahyarham Zainul Ahmad Sabli (Baca link di SINI). Dinamakan ‘Kayuhan Amal Sahabat’ dan dikordinasikan oleh saudara Shahrizal aka Tandope yang berjaya menarik penyertaan seramai 23 orang dari kalangan rider sekitar Jitra dan Alor Setar.
Tiada yuran penyertaan hanya ikhlas untuk menderma dan kayuhan bermula pada jam 11.00 malam dari TM Bike, Tanah Merah, Jitra menuju laluan Bukit Lengoh yang merupakan laluan rutin kami. Kayuhan yang diiringi oleh Marshall berkereta bagi memastikan keselamatan dan kelancaran kayuhan. Minuman 100 Plus dan mineral disediakan dipuncak Bukit Lengoh.
Setelah hampir 31km perjalanan, pada jam 1.50 pagi kami selamat tiba. Alhamdulillah sejumlah wang berjaya didermakan dan akan diserahkan oleh wakil kami kepada isteri Allahyarham dalam masa terdekat ini.
Ikhlas menderma
cikgu Fisol dengan Basikal Touring barunya
RB ada, MTB ada & Basikal Touring pon ada juga
Menerjah gelita malam
Melepas dahaga dan lelah di Bukit Lengoh
Monday, July 14, 2014
Penampilan Jersi Baru
Tarikh: 13 Julai 2014 bersamaan 15 Ramadhan 1435
Akhirnya dipertengahan sambutan bulan Ramadhan ini muncullah jersi rasmi kami. Jersi putih/hijau dan berbelang hitam merah putih pada bibnya. Paduan warna yang melambangkan kebersihan, ketulinan bercampur mod positif dengan warna alam yang melambangkan kestabilan dan kedamaian. Tambahan warna hitam/merah untuk tampak lebih menawan menampakan sikap keberanian dan gemarkan cabaran.
Jersi dari endurace dengan buatan kain berkualiti dan padding Coolmax pasti memberi keselesaan semasa kayuhan. Ia akan menjadikan jersi rasmi kami dan akan dipakai dalam semua event yang kami sertai
Bersempena dengan penerimaan jersi ini , satu kayuhan memperagakan/merasmikan Jersi telah diadakan pada malamnya.
Menikmati moreh seusai kayuhan
Monday, May 12, 2014
Trek Downhill SUKMA 2014 Perlis
Trek Downhill SUKMA 2014
Lokasi: Bukit Telipong, Ulu Pauh, Perlis.
Jarak : ± 1,200 meter
Coordinate: N6 26.456 E100 20.893
ALHAMDULILLAH kami diberi kepercayaan oleh pihak kerajaan negeri Perlis untuk melaksanakan satu tugas yang agak berat lagi mencabar iaitu membina sebuah litar terjunan dalam satu julat waktu yang singkat. DENGAN berbekalkan minat, keazaman dan semangat serta ingin melihat kemajuan sukan basikal, kami menerima pelawaan tersebut.
Di satu lokasi yang sudah ditentukan, disebuah bukit yang ‘kosong’ dibelakang Politeknik Syed Sirajuddin, Ulu Pauh. Kami memulakan tugas pada 06/05/2014 dan perlu ‘serah’ litar ini kepada pihak Kerajaan Negeri (SUKMA Perlis) pada 15/05/2014.
BERKAT kesabaran & kerjasama erat penggiat MTB Kedah/Perlis, perlaksanaan projek berjalan amat lancar sekali dan menjadikan perkembangan projek sungguh memberansangkan. Dimasa yang sama pihak UCI telah hadir membuat pemeriksaan tapak pada 09/05/2014 serta memberi pandangan dan komen bagi meningkatkan lagi keupayaan trek.
Dengan meletakkan piawaian masa larian selama 2 minit, INSYAALLAH kami akan cuba jadikan trek ini antara yang terbaik. Untuk jarak larian terjunan sejauh ±1,000 meter, kami menuruti dan merentas teres, pelbagai halangan diadakan, beberapa rintangan sengaja diwujudkan, tunggul dan batu sengaja ditambah semata-mata untuk memenuhi piawaian yang dikehendaki oleh pihak UCI - (.L'Union Cycliste Internationale (UCI) is cycling’s International Federation recognised by the International Olympic Committee (IOC))
Harapan kami semoga SUKMA 2014 ini berjalan lancar dan boleh menjadi satu penanda aras baru dalam sukan Mountain bike genre terjunan. Besarlah harapan kami dengan adanya trek ini akan lahirlah jaguan baru dari negeri Indera Kayangan.
Gambar diciluk dari Pudin, Janz, Botak, K Azuan dan kawan-kawan dari media internet
Kerja permulaan pada 06 Mei 2014
Drop madu 3 yang akan meloncat-loncatkan jentera anda
Jump Danork – Terjunan menurun yang mengoyah keyakinan diri
Rock Garden – Momentum diperlukan
Rock Garden lebih junam – mencabar kemampuan dan keberanian diri
Pihak UCI melawat Tapak
Bersama mendaki meninjau litar
Mudah diurus – Pemandu Kato yang tahu apa nak dilakukan
Melawan tarikan alam
Meloncat riang – senang dan tenang
Sunday, February 09, 2014
Kayuhan Nostalgia Di Bukit Poli
Dikenali sebagai kayuhan 888. Tanggal 8 Februari bersamaan 8 Rabiul Akhir. Bermula jam 8.00 pagi dengan jumlah peserta 18 orang dan jarak kayuhan 18km. Bukan sekadar kebetulan namun ia adalah suratan .
Kayuhan diatur oleh En. Zahir dari team GTG Perlis. Trek lagenda yang begitu rapat dengan penunggang sepeda Perlis. Trek yang mengharumkan nama Perlis dipersada MTB, Trek laluan Perlis Jamboree atau dikenali sebagai RUN’10 (Ride Up North 2010). Menjadi antara trek luar kegemaran kami suatu ketika dahulu. Bukan panjang treknya dicari namun nikmat sebenar yang nak dikecapi. Trek yang cukup asam garamnya. Pendakian yang mencabar fizikal, penurunan yang memerlukan konsentrasi.
Lama benar kami tidak ke sini, dahulunya suasana redup boleh dinikmati kini panas dan terik menggigit diri. Bukit-bukit sudah menggondol memberi laluan pada pembangunan dan tanaman semula. Namun keindahan pemandangan yang luas dapat dinikmati. Kayuhan yang mengimbau nostalgia disamping mengeratkan persahabatan dan memperingati budaya bertandang.
bermula di Politeknik Syed Sirajuddin, Ulu Pauh, Perlis
Gugurlah dedaun
geng Perlis
Hadoiiii …
Halangan dihadapan
Menunggu rakan
huiiii …lawas pemandangan
Sunday, January 05, 2014
Road To Titiwangsa–Mencari Nikmat & Penat
Tarikh: 25 Disember 2013
Jarak : 138 km
Tanggal 25 Disember 2013 satu kayuhan yang awalnya dirancang oleh Abang Ai telah disambut dengan kehadiran lebih dari 30 orang. Rakan-rakan dari Baling (BCC), Happy Ride Kulim (HRK) dan dari Pulau Pinang tampil memeriahkan acara. Kayuhan bermula pada jam 8.30 pagi dari kawasan Rehat & Rawat Perah berdekatan Grik. Kayuhan yang berbaur-baur antara nikmat dan penat, antara seronok dan siksa. Kayuhan sejauh ± 138.4 km ini memang mencabar fizikal dan mental.
Deraan jiwa dan tenaga bermula berhampiran Tasik Banding. Terubat hati dengan panorama indah dan penurunan yang laju. Setelah berhempas pulas melawan angin dan pendakian kami tiba ke R & R Titiwangsa pada jam ± 11.30 pagi. Di sini kami merehatkan badan sambil menanti rakan tiba. Kesempatan dengan menjamu mata dan juga selera.
69.2 km yang ditempuhi sepagi ini bagai salam perkenalan dan ada lagi deraan yang menanti pada perjalanan balik nanti. Jam 1.00 tengahari, dibawah terik mentari , kami memulakan kayuhan balik. Laluan balik seksaan yang serupa, bukit dan angin terpaksa diredah ditambah perit bahang mentari dan akhirnya selamat tiba ke destinasi ± jam 3.30 petang. Ceria terpancar diwajah bila dapat menamatkan kayuhan kepuasan amat dirasai, Insyaallah kayuhan menguji diri sebegini akan menyusul lagi. Ayuh! sahutlah cabaran menguji kemampuan diri.
Peta lalluan kayuhan
Permulaan di R & R Perah, Grik
Lebih dari 30 peserta
Hooreyyyyy
Pak Ku, Zalmi, , Shubli, Abang Ai, Cikgu Kod dan Kort
Kembang Semangkiok ..nak berkenalan?
Indah pemandangan
Uiikkkkkkk …