Sunday, April 29, 2012

Kursus Asas MTB @ Jitra

IMG_8667

Kursus ini anjuran Jabatan Belia & Sukan (JBS) Negeri Kedah dengan disertai oleh 30 orang dari beberapa daerah seluruh  Kedah. Ianya diadakan di Hotel Darulaman, Jitra Kedah selama 3 hari 2 malam iaitu dari 25 – 28 April 2012. Pihak kami telah di amanahkan untuk menjadi jurulatih dan penceramah dimana saudara Nasron dan Wanblitz terlibat secara langsung.

Kursus bermula pada jam 9.00pm(25/4/2012) dengan penerangan mengenai asas dan peralatan MTB. Keesokkan harinya teknik kayuhan, climbing, Downhill dan lain-lain di berikan.

Penekanan diberikan kepada peserta tentang halangan-halangan dan yang utama ialah  halangan mental. Kami seberapa daya upaya cuba untuk meyakinkan perserta bagi memecahkan halangan ini. Apabila halangan ini berjaya dipecah, pasti keyakinan akan dipeolehi dan seterusnya pasti dapat melakukan dengan baik.

Pada hari ketiga peserta didedahkan dengan situasi sebenar kayuhan. Mereka dibawa ke trek CP3. Maka segala teknik yang diajar telah dipraktikkan sepenuhnya.

Kejayaan kursus ini memungkinkan satu kursus advanced dilaksanakan.

Lontruth: 012-5846 288

IMG_8648

Sesi pengenalan diri dan pengenalan kepada MTB

IMG_8694

Sesi 2 di lapangan(Bike Park) . Teknik-teknik yang betul diajar

IMG_8709

Peserta diajar teknik penurunan yang betul (attack position)

IMG_8735

Yang ni untuk yang dah mahir jer ..

IMG_8738

Ada juga yang nak cuba sambil diperhati dan dinilai oleh cikgu

IMG_8780

sesi ke 3 : Penyelenggaran basikal oleh saudara Alias D’Pallas

IMG_8783

Kusyuk mendengar penerangan

IMG_8794

Sesi 4: peralatan dan keselamatan

IMG_8901

Upaca penutup dan penyampaian sijil

IMG_8907

Perasmian penutup oleh Timbalan Pengarah JBS Kedah, Tuan Haji Othman Abdul

IMG_8918

Sijil kepada peserta

IMG_8935

Cederahati


KeDH

Promote sikit:heh heh . .. Sinarharian, Ahad 29 April 2012 (Fokus Sukan) KLIK untuk membaca dan membesarkanimej

Monday, April 23, 2012

Berguru di Jitra Bike Park

IMG_8621

Dikala bulan yang baru mau berganti (30 Jamadil Awal) Hari pertama minggu terakhir. Alkisahnya Sang Adi Guru menerima kunjungan murid. Untuk berguru menuntut ilmu yang satu. Sepersalinan dibekalkan, pulut kuning buat santapan( ’menyorok’), Tiada pengeras yang dikenakan. Hanyalah semangat perlu dikuatkan. Keyakinan diri perlu diserlahkan.

Dikala embun masih membasah, dikala mentari mengintai dicelah. Bukit didaki sabar melangkah, senjata dibawa untuk bertingkah

Yaa.. hariini, saudara Maher Adib(Geng Geja) dari KL singgah ke bike park untuk mencari ilmu dari sifu. Balik mengunjungi mentuanya di Pauh, Perlis dan kebetulan abang iparnya tinggal tidak berjauhan dari Bike Park..

Segala yang patut telah diturunkan, berbagai teori dan amali telah diberikan, INSYAALAH berkat ilmu dari guru  menjadi bekalan.

UNTUK MAKLUMAN ..minggu lepas geng Sungai Petani udah turun mengadap guru. Insyaalah minggu depan ada lagi majlis ilmu kepada saudara baru (MTB seluruh Kedah ooo) … maka tunggu

IMG_8593

Dengan basikal baru yang ‘rare’ Banshee Legend MK 11 dengan shock custom jenama ‘Elka’ sepanjang 9 in

IMG_8597

Cikgu menunjuk teknik yang betul

IMG_8604

Berjaya : Bila ilmu dicurah – terus sahaja dipraktik. Sambil video diambil buat mencari silap & salah untuk dipertulkan.

IMG_8610

Serius mendengar penerangan

IMG_8614

gembira dengan ilmu yang diberi

Elev BP

Elevation

Wednesday, April 04, 2012

Kiara Downhill Domination (KDD) 2012

_MG_0138

Tarikh   : 01 April 2012
Anjuran : Freeride Malaysia
Lokasi   : Taman Lembah Kiara (Jalan Abang Haji Openg Bukit Kiara, Kuala Lumpur).
Jarak Trek: 1.5km
Entry Fee : RM50.00

Penyertaan pertama kami dalam kejohanan Downhill ditahun 2012. Hanya 4  orang dari team KeDH(Wakil Kedah juga ni) menyahut cabaran.

Sebanyak 7 kategori dipertandingkan yang berjaya menarik penyertaan seramai 139 orang. Penyertaan dari pelbagai team dari beberapa negara antaranya Malaysia, Singapura, Filipina, Jepun dan beberapa orang Mat Salleh.

Agak terkilan kerana beberapa rider kami dari kategori hartail dan Sport/Expert yang dijangka memberi saingan tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, pengerusi KeDH (Md. Nasrun aka Lontruth) berjaya mendapat tempat ke 3 (tahun lepas tempat ke 3 juga). Tahniah diucapkan kepada peserta yang berjaya.

Seperti biasa, kemuncak yang ditunggu-tunggu adalah dalam kategori Expert/Elite. Seperti diramal Tan Hong Chun(SIN) berjaya menobatkan dirinya sebagai Sang Juara.

Senarai pencabar kategori Master C (Final)

Posisi

No. Plat

  Nama

Masa

1

207

  Ikram Shamsudin(PEN)

3:34.199 

2

204

  Yasushi Seto(JAP)

3:49.163

3

201

  Md Nasron B. Noor(KeDH)

3:55.587 

4

212

  Hisham Jani(SIN)

4:00.301

5

203

  Arnold Lacorte (FIL)

4:12.307

6

208

  Lai Choon How

4:51.820

7

211

  Aimee Axl

5:09.585

Senarai dan kedudukan peserta boleh dilihat di SINI

IMG_8145

Bertolak dari Alor Setar jam 7.00am pada 30/03/2012

IMG_8211

Wan Blitz ‘mempersiapkan’ dirinya

_MG_0112

Botak giat berlatih setelah sekian lama berehat

_MG_0133

Bersedia ….Permulaan latihan

_MG_0167

Aksi Wan Blitz

_MG_0183

Peserta dari Filipina

_MG_0241

Seeding

_MG_0245

_MG_0257

Adat bermain basikal

_MG_0304

Wow Wan ..

_MG_0374

Menuju penamat … aksi Master C

_MG_0437

Angah dengan semangat kesukanannya – Mendukong Miepeaty yang cedera

_MG_0450

Last gap

_MG_0455

Hey Yeah ! Botak

_MG_0489

_MG_0521

Meraikan

_MG_0528

Habuannya ..No.3

_MG_0532

5 Pemenang Kategori Master C

Training KDD @ Angel