Monday, August 12, 2013

Aidil Fitri Disambut, Aktiviti di Mula.

Seperti tahun-tahun lalu, pasti saudara Zaim akan mengadakan rumah terbuka. Meraikan aidil fitri dikediamannya di No. 172 Darulaman Heights tanggal 11 Ogos 2013 (Raya ke 4). Jemputan dari saudara mara, rakan dan jiran. Tak ketinggalan geng basikal. Kenalan dari Jitra, Alor Setar bahkan dari Perlis dijemput untuk memeriahkan.

Tahun ini Ramdhannya disambut bersama keluarga lantaran tidak mendapat Visa umrah, tidak seperti tahun yang berlalu, sebulan penuh beliau di Mekah. Takziah juga diucapkan atas kembalinya mertua ke Rahmatullah tempohari.

IMG_1484

IMG_1488

IMG_1490

Petangnya team kami memulakan agenda dengan mengunjungi Bike Park. Melihat kembali apa sudah jadi setelah lebih sebulan ditinggalkan. Walaupun trek nampak ok namun ada beberapa section perlu diperbaiki. Rumput dan semak semakin menebal maka gotong royong untuk penyelenggaraan amat diperlukan. Kami berharap setiap hujung minggu ia akan kembali dikunjungi untuk menaikkan kembali ‘seri’.

IMG_1494

Hafiz semakin berani

IMG_1500

Cikgu Wan semakin garang dengan Polygonya

P8112466

Botak seperti biasa ….dihenjut dan belasah gereknya kaw punya

P8112470

Penampilan khas dari rider Internasional

P8112493

P8112499

hakisan hujan melonggarkan batuan

P8112528

loncatan penyudah

IMG_1502

petang yang tenang

P8112532

rakan lama  - merasai trek dikampung halaman

No comments:

Post a Comment