Trek Hosba trek teknikal penuh gaya. Trek yang dapat meransang adrenalin. Bukitnya tak tinggi, mudah didaki sedap dituruni. Sudah lama rasanya kami tidak mengunjungi Trek ini. Sebahagian dari treknya terutama di ‘Felda Trail’, telah dipugar bagi tujuan ‘projek tanaman semula’. Proses penebangan dan tanaman semula telah merubah lanskap dan pola trek sediada. Section Urge – tidak dapatlah merasa trek ala ‘pump trek’ yang membuat kita terlompat-lompat di teres nya. Section Hope – Tiada lagi pokok getah untuk meliuk-liuk dicelahnya, mengelak cawan-cawan getah, membelah akar yang terbungkin merintang laluan.
Trek Hosba – Pecahan 1 : sejauh 16km
MAKA bagi meneruskan ligasi trek Hosba, laluan baru harus dicari. Hari ini sekumpulan 5 pria budiman ( The league of gentlemen) mengambil inisiatif ini dengan meredah kebun getah dan hutan renek. Denai di jejaki, hutan dimasuki. Bak kata pepatah dulu kala ‘ Berjalanlah dengan mulut’ maka setiap makhluk yang dijumpai akan ditanya disamping teknologi di gunapakai (Garmin). Alhamdulillah walau jarak yang pendek dijumpai namun sudah ada kesinambungan laluan yang menghubungkan ke section Urge. Kami akan cuba hindarkan Felda Trail dengan mencari laluan pilihan yang lebih redup dan mencabar. Sesungguhnya banyak lagi bukit dan gon di kawasan sekitar, jalan dan denai tersedia untuk diterokai, namun hanya yang bersesuaian akan dipilih. INSYAALLAH dengan komitmen beberapa sahabat yang komited, jalinan baru pasti akan terhasil.
Merah adalah hasil riki hari ini , hijau hasil Riki Tempohari dan Biru adalah Trek Penuh – Pecahan 1
Jumpa Kembali – Basikal ini hilang sejak tahun 2013 dan jumpa kembali baru-baru ini di Grik
Awal Pendakian – melalui kawasan tanaman semula kelapa sawit
Kawasan Kebun Getah yang bersih
Menerjah kawasan dusun
Menuruni gon
Dangau mewah di atas Bukit
Hati-Hati: Kawalan semasa penurunan, lurah air yang tertutup dengan dedaun getah
Berbincang tentang laluan
Hutan renek
Section Urge
Kawasan hutan buluh – cantik & tenang disini
No comments:
Post a Comment