Kesinambungan meriki trek Hosba baru diteruskan …
Bagi mendapat kesesuaian trek yang telah dicari, maka hari ini (Jumaat – 24 Julai 2015) kami perlu menguji kesesuaiannya dan memuktamadkan beberapa seksyen. Memutuskan laluan baru untuk masuk ke trek ini (lebih selesa).
Kami juga telah mengenalpasti beberapa tempat yang boleh dijadikan Check Point atau R&R. Beberapa pondok dikawasan ini sudah dijumpai. Berbaloi berehat disini – teduh dan cantik panorama.
Dengan pendakian yang tidak terlalu mencanak (± 100 meter sahaja) penurunan pula yang panjang pasti menerujakan. Ditambah pula dengan cabaran dikawasan akar getah dan hutan buluh yang merupakan halangan semulajadi. Kayuhan teduh dan selesa dinaungi rimbunan pokok diharap menjadikan trek ini seronok dilayan dihujung minggu. Insyaallah akan ada lagi penambahan jarak dan penambahbaikan dibeberapa section.
Kawasan lapang - Permulaan menuju ke Trek
terjunan sedikit curam
pembersihan laluan
‘teres berganda’ – cabaran penurunan disini
Pondok di dusun durian
Laluan ini akan dijadikan laluan turun
meredah semak yang makin subur
Pintu masuk ke Bamboo trail
di dalam kawasan hutan buluh
I am jealous after watching these loving and beautiful riding tracks.. Alas! I could pay a ride there!
ReplyDeleteSy nk tnya mcm mn nk join team ni. Sy main road..
ReplyDelete