Sunday, July 26, 2015

Merealisasikan Trek Hosba

 

Kesinambungan meriki trek Hosba baru diteruskan  …

Bagi mendapat kesesuaian trek yang telah dicari, maka hari ini  (Jumaat – 24 Julai 2015) kami perlu menguji kesesuaiannya dan memuktamadkan beberapa seksyen. Memutuskan laluan baru untuk masuk ke trek ini (lebih selesa).

Kami juga telah mengenalpasti beberapa tempat yang boleh dijadikan Check Point atau R&R. Beberapa pondok  dikawasan ini sudah dijumpai. Berbaloi berehat disini – teduh dan cantik panorama.

Dengan pendakian yang tidak terlalu mencanak (± 100 meter sahaja)  penurunan pula yang panjang pasti menerujakan. Ditambah pula dengan cabaran dikawasan akar getah  dan hutan buluh yang merupakan  halangan semulajadi. Kayuhan teduh dan selesa dinaungi rimbunan pokok diharap  menjadikan trek ini seronok dilayan dihujung minggu. Insyaallah akan ada lagi penambahan jarak dan penambahbaikan dibeberapa section.

P7241851

Kawasan lapang - Permulaan menuju ke Trek

P7241862

terjunan sedikit curam

P7241874

pembersihan laluan

P7241894

‘teres berganda’ – cabaran penurunan disini

P7241916

Pondok di dusun durian

P7241933

Laluan ini akan dijadikan laluan turun

P7241936

meredah semak yang makin subur

P7241976

Pintu masuk ke Bamboo trail

P7241953

di dalam kawasan hutan buluh

P7241979

Wednesday, July 15, 2015

Iftar Mahabbah – Ramadhan 2015

20150714_192158

 

27 Ramadhan 1436H (Selasa – 14 Julai 2015) - Pihak kami telah menganjurkan Majlis Iftar bertempat di Restoren Sala Kitchen, No. 5, Kompleks Perniagaan Saga, Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar Kedah.

Majlis ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dan mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah islamiyyah sesama ahli. Majlis ini ditaja oleh seorang Hamba Allah yang sentiasa menyokong aktiviti kami.

2015-07-15-04-55-24

Pada tarikh yang sama siaran mengenai aktiviti kami disiarkan di dalam sebuah rancangan “Jom Kayuh” yang disiarkan di saluran Astro 180 @ Tvi pada jam 4.00 petang dan ulangan pada jam 4.30am. Terima kasih diucapkan kepada penerbit kerana memberi peluang kepada kami bagi pengisian slot Jom Kayuh.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga majlis seperti ini akan diteruskan bagi merapatkan ukhwah ahli  disamping dapat membangunkan semangat kerohanian, mental dan emosi.

20150714_193628

Sabar menanti waktu berbuka

20150714_194222

Berselera menjamah

Sunday, July 05, 2015

Riadah Ramadhan: Kala Bulan Mengambang, Bukit Kelubi Didaki

Lokasi: Bukit Kelubi, Jitra, Kedah Darul Aman

Tanggal 3 Julai 2015 - malam 17 Ramadhan. Purnama masih mengambang, bintang-bintang berkelipan. Walau hujan lebat dilewat petang, bumi tetap cerah disinari rambulan. Meneruskan Tradisi sejak 5 tahun yang lalu (Ramadhan di tahun 2000 @1431H) yang melambangkan ketaqwaan, kesabaran, keazaman, riadah dan kepedulian kepada keperluan bersosial. Kayuhan Riadah Ramadhan diatur oleh saudara Md. Nasron aka Lontruth yang merupakan antara manusia yang meneroka Bukit Kelubi dan bukit sekitarnya sebelum ini. ‘Keloi’nya melalui Facebook mendapat sambutan menggalakkan namun hujan lebat yang turun telah membataskan penyertaan. Namun 13 jantan istimewa yang hadir pasti mendapat satu kelainan dan keistimewaan dalam pendakian dan penurunan hari ini.

Usai Taraweh kami berhimpun di Restoran Anjung Kelubi (N6° 15.236’ E100° 26.904’). Menanti rakan-rakan berkumpul yang rata-rata adalah dari sekitar(Jitra & Alor Setar) dan  seorang dari Pulau Pinang. Jam 11.50 maka kami pun memulakan kayuhan selepas selesai bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Raja Azrifuddin Al Hafiz.

Kelubi

Perlahan-lahan kami mendaki secara jamaah. Hujan tadinya menambah kedinginan malam, namun peluh jantan tetap mengalir tandanya kelenjar Adrenal sedang berfungsi. Menghela nafas, santai mendaki sambil berbual sesama sendiri. Tidak perlu terburu mengejar waktu kerana tidak ada hadiah pada pendahulu. Lampu-lampu terpasang menyuluh laluan dibantu dengan sinaran rambulan. Ahh … hanya 2.6km merengkoh akhirnya sampai ke puncak yang setinggi 291 meter sahaja.

1

Hidangan yang disediakan

2

Dipuncak, saudara Musz selaku marshall sudah lama menunggu. Menjalan tugas dengan tekun. Tikar sudah siap terbentang, bihun sudahpun dihidang – hanya menanti rider pembawa cerek dan air. Kami dipuncak menikmati kepekatan Nescafe panas dan bihun. Sedang menikmati moreh tiba-tiba hujan turun, tegar kami dipuncak tidak bergenjak. Hujan sereyat jamuan disambung.

4

Sejam kami dipuncak dan akhirnya penurunan bermula. Disini kemahiran penunggang diuji, ke siap siagaan pada tahap maksimum dengan mata memberi tumpuan pada laluan. Lopak dan bonggol tidak jelas pada penglihatan namun berjaya diatasi dan Alhamdulillah semuanya selamat tiba belaka. Tiada yang cedera atau ditimpa malapetaka. Program berakhir pada hampir jam 3.00 pagi. Kepuasan memang dirasai ..INSYAALLAH dilain Ramadhan kita buat lagi.