
Tarikh: 13 Jun 2011
Petunjuk & Penunjuk
Sesungguhnya pola mukabumi mempengaruhi aktiviti seseorang itu. Jitra berlatarkan banjaran bukit-bukau, tidak hairanlah jika AMT/Full Sus menjadi pilihan rider di sini terutama yang menginginkan kemuncak adrenalin.
Seorang lagi rider Jitra, sdr Syamsul beraleh kepada AMT. Pilihannya adalah Mangoose 2010 Khyber Elite. Errr…MTB masih ‘dikendongnya’.
| Frame: | Mongoose FreeDrive All Mountain/Free Ride, 165mm travel, 135mm vertical drop outs |
| Fork: | Rock Shox Lyrik R U-Turn 115-160 mm travel, rebound adjustt, 20 mm Maxle Lite thru axle w/ 1.125/1.5 taper steerer tube |
| Front Derailleur | Shimano SLX |
| Rear Derailleur: | SRAM X.7 |
| Shifters: | SRAM X.7 18 speed |
| Tires: | Kenda Excavator w/ Stick-E rubber 26" X 2.35, Folding |
| Brake | Avid Juicy 3 w/ 203 mm front / 185mm rear rotors |
Petangnya – kemenyan mula diperasap, senjata dipertajamkan, gelanggang sudah dibuka … maka Sang Adiguru Lontruth mula menurunkan ilmunya. Sekelumit petua diperturunkan, doa dan mantera dibacakan. Langkah dan Gerak perlu disudi ..segala halangan berjaya tempuhi, serangan dilancar bertubi-tubi. Walau rebah terkena tumbukan, bingkas dan tangkas bangkit semula. Tidak mahu mengaku kalah. NAMUN .. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga … gelanggang sekarang gelanggang jagoan hendaknya mencuba biar berteman, biar bersandar dengan gurunya.
Bermula di Guard house – Bukit Indah, Jitra
BIKE PARK: Kalau dulu di sini beliau akan turun tuntun – kini TIDAK lagi
Sudah berani ambil drop dengan selamberrr – mencuba trek Darulaman Downhill nihhhhh …
ending yang bergaya dengan penuh keyakinan
SYABAS … Teknik yang betul akan memberi nilai tambah dalam pengendalian MTB nanti
No comments:
Post a Comment