Sekian lama trek ini ditinggalkan (selepas kejohanan Darulaman Downhill MDHS siri 3 Tahun 2011). Hujan yang lebat telah merosakkan beberapa section, tanah-tanahnya telah dirobek, rumput-rumput semakin menebal, kelihatan usang sekali trek ini.
KINI masa untuk menggerakkan pasukan, menggiatkan usaha, mengerah tenaga (secara sukarela) bagi membangun dan menggilap semula trek ini. Kegemilangannya perlu dipupuk..
Berbekalkan semangat dan peralatan (parang, mesin rumput, chainsaw dan cangkul), sukarelawan sekitar Jitra/Alor Setar memulakan langkah menyelenggara trek ini KERANA kejohanan baru bakal bermula. Ditambah pula dengan kesudian rider Kedah berlatih di trek ini. Team DH dari luar pun sudah mula bertandang.
Trek Downhill telah diberi sentuhan baru , halangan-halangan lalu diberi nafas baru. Perancangan membina Trek XC juga sedang diberi perhatian. Laluan lama/baru mula dibuka. Ia akan menjadi menjadi trek perlumbaan, trek latihan yang dilengkapi dengan beberapa halangan yang sesuai (trek teknikal). MAKA Bukit NARA ini akan dibangunkan sebagai salah satu ‘Bike Park’ diutara ini … INSYAALLAH
SEHUBUNGAN dengan itu bantuan kudrat, pengetahuan dan skill dari team-team sekitar Utara (Jitra, Alor Setar , Kedah/Perlis) amat diperlukan bagi untuk merealisasikan semula Bukit Nara ini ke arah Bike Park yang terancang..
Kerja pembikinan last jump untuk mencapai klimaks
Sukarelawan yang sentiasa hadir setiap sesi pembaikkan
Kerja menaik taraf trek sudah bermula – 18 April 2013
Apa yang pentinga adalah ..KERJASAMA
Menyediakan halangan untuk cabaran
Tudiaa kini semakin semak ..merayu sumbangan tenaga
Pembikinan Trek XC
Ingin kami membina trail XC yang tersusun dan di klasifikasikan tahap kesukaran
Perbandingan laluan dulu dan kini
semuanya untuk dinikmati bersama
Kepala projek
Ringin sama dijinjing, berat sama dipikul.
ReplyDeleteSalam ,
Kulim Landmark Central Charity Ride & Autoshow 2013
Venue : Kulim LANDMARK ( Tmn Selaseh Kulim Kedah )
Date : 26 May 2013
Reg : RM30 ( Get T shirt , Medal & Cert )
Route : 30km ( Kulim Landmark - Pekan Kulim - Kulim Hi Tech - Sg Seluang - Kulim Landmark )
Last Register : 18 May 2013
More info : http://landmark-ride2013.blogspot.com/
ALL KIND OF BICYCLES !
Call : Khairul 019 5712256