Bersempena dengan cuti hari Pekerja, RB sect kami menganjurkan kayuhan ke Pedu. Zalmi sekali lagi menawarkan dirinya menjadi kepala perancang untuk menguji kudrat dan minda peserta ke sana. Seramai 15 orang yang rata-rata menggunakan RB kecuali dua orang yang berjiwa kental, bersemangat membara (kerana nak menciwi 29 ernya.)
Kayuhan bermula pada jam 7:30 pagi. Laluan sejauh ± 90km bermula dari masjid Kuala Nerang – Pedu – Muda – Belantik – Naka – Kuala Nerang. Laluan yang cantik, lenggang dan ala ‘roller coaster’ (sikit-sikit ja). Sedikit cabaran mendaki berhampiran Pedu, namun tak memberi bekas aihh. Kayuhan kami turut diiringi oleh sebuah kereta namun kali ini tiada peserta yang ‘buat perangai’ untuk menumpang.
Kayuhan berakhir pada jam 12:15tgh.
2 puak
Rehat dan Rawat
Tang Pakat dok senyum lagi la
No comments:
Post a Comment