2 acara berbeza dari kelompok berbeza. Sect RB team JCyC dikepalai oleh Saudara Zalmi melangkau sempadan menuju Songkhla. Dikenali sebagai ‘Kayuhan Duyong’ sejauh 177km yang bukan sahaja mengebaskan punggong malah menguji kemampuan mental dan fizikal.
Seramai 10 rider - Abang Ai, Zalmi, Rizal RB, Zam KBS, Fadzil Plus, Pak Ku, Kort, Art Venge, Hafiz, Shukri dan D memulakan kayuhan dari Bukit Kayu Hitam pada jam 7.40 pagi(waktu Malaysia). Kayuhan diawal pagi yang nyaman dan lancar dengan kelajuan malar 29km/j dan adakalanya ditingkatkan semasa aksi ‘acah mengacah’. Berhenti rehat mengambil ‘nyawa’ di Khlong Ngae setelah ± 36km di atas pelana. Sampai di Songkla pada jam 10.40 pagi. Masa yang awal digunakan dengan melawati pantai Samila yang indah dengan merehatkan minda dan mata.
Setelah selesai makan tengahari, pada jam 1.00 tgh mula kayuh balik dan singgah ke Hadyai. Perjalanan pulang sedikit mencabar, terpaksa melawan rintangan angin dan bukit serta basah meredah hujan. Alhamdulillah selamat tiba pada jam 6.00 petang.
7.20pagi – mempersiap diri
Menikmati makan tengahari di Samila Beach
Manakala kelompok yang satu lagi, dengan 20 penunggang (dikenali sebagai Roots Rider) dari pelbagai Negeri yang mempunyai minat yang sama dikepalai oleh Saudara Nasron, mencari kepuasan di Gunung Jerai dengan melaju turun meredah akar, hadangan di ‘tackle’ adrenalin meningkat sejauh 8km sahaja. Walaupun penat menanggung/menolak basikal dibeberapa section namun kepuasan terpancar disetiap wajah, senyuman terukir sambil bertekad untuk mengulangi lagi dilain hari.
Sesak” 20 basikal diatas lori
posing dulu
Jaga-jaga - Dikiri gaung
No comments:
Post a Comment