Thursday, October 24, 2013

Road To Tanyong Po

Tanggal 12 Oktober 2013, tinggal 4 hari lagi untuk menyambut Aidul Adha 1434. 10 homosapien sanggup mendera diri, menunggang RB menuju ke Tanjung Pauh(Tanyong Po), Satun hanya untuk menikmati keenakkan ketam rebus dan makanan laut yang segar dari lautan Andaman..

Laluan diambil: Wang Kelian – Khuan Don – Chalung - Khuan Pho – Che Bilang – Tanyong Po – Ku Ban Palot – Wang Prachan

Abang Ai, Rizal RB, Zam KBS, Pak Ku, Azhar Hassan, Kort, Own, Shukri dan Amex Hazwan bertolak seawal pagi dari pintu sempadan Wang Kelian. Kayuhan nyaman diwaktu pagi dan redup namun rintangan hujan waktu perjalanan pulang menggugat semangat sebahagian rakan. Namun 123km ditempuhi dengan selamat dan sempurna. Syukur Alhamdulillah – semua berpuas hati … boleh penat, seronok pun dapat.

Sesungguhnya kayuhan jarak jauh sebegini akan diteruskan sebagai salah satu aktiviti kami. Pada yang berminat bolehlah menghubungi Event Manager – Abang Ai(Unit RB) di talian 012- 5453 293

Tanjung Seafood

Satun 6

Wajah Ceria di Pintu Sempadan. Dari Kiri: Abang Ai, Kort, Zam KBS, Pak Ku, Shukri, Own, Amex dan Art Hassan

Satun1

Menikmati ‘power bar’ buat membakar semangat

Satun2

Satun7

Perghhhhh ….

Satun9

Tudiaaa …licin. Kort  dok protes tak cukup

Satun3

Satun4

No comments:

Post a Comment