Sunday, October 27, 2013

Kayuhan Amal Saudara Jamzuraimi

IMG_2267

Persatuan Pemilik Basikal Bukit Negeri Perlis (Perlis Mountainbikers Club) menganjurkan satu  aktiviti Kayuhan Amal pada 26 Oktober 2013. Kayuhan ini bermula dan tamat di Sekolah Rendah Islam 2 Felda Mata Ayer. Ia melalui laluan sempadan yang merupakan laluan keselamatan dan terlarang iaitu di Bukit Khuan Chu – Tangga 100. Hampir 80 orang terlibat dalam aktiviti ini yang bermula pada jam 8.30 pagi.

Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengutip derma bagi disumbangkan kepada keluarga Encik Jamzuraimi bin Jamaluddin seorang ahli kelab Perlis MTB. Beliau  terlibat dalam kemalangan tempohari (12 April 2013 di Kangar )dan kini dalam keadaan koma. Beliau kini kehilangan punca pendapatan dan memerlukan sejumlah wang untuk tujuan perubatan.

Keperihatinan semua rider amat digalakkan dengan menyumbangkan derma seikhlas untuk membantu meringankan bebanan keluarganya. Sumbangan bolehlah dibuat dengan memasukkan wang ke akaun isterinya:

CIMB – 09 0200 9437 7508  atas nama: SITI AZLINDA BT. MOHD ZAIN .

Beberapa rider dari Jitra turut hadir bagi memeriahkan aktiviti disamping menunjukkan keperihatinan dan simpati kepada En. Jamzuraimi. Bagi rakan-rakan yang yang tidak dapat hadir(terlibat dalam aktiviti seperti Pilihanraya, kursus dan lain-lain) ia disumbangkan melalui wakil kami, Abang Ai.

image

IMG_2237

derma disumbang

IMG_2244

IMG_2249

Doa oleh Presiden Perlis MTB

IMG_2251

PA260690

Menulusuri pagar sempadan Malaysia/Thailand dekat Padang Besar

PA260695

PA260722

IMG_2271

PA260777

Mashall yang mengawasi penunggang disamping polis

PA260803

PA260808

Siapakah lelaki misteri yang menjadi rider paling bertuah

PA260811

Ada Jamuan pula di Kantin

No comments:

Post a Comment