Laluan: Jitra – Alor Setar - Jitra - Tunjang – Alor Setar
Gerombolan 16 roadie yang bermula dari 2 lokasi bertemu di Anak Bukit. Kayuhan sebagai meraikan sahabat dengan RB barunya dan mencewi kelunakan putaran ‘kong’ jenama Spinergy. Kayuhan santai selang laju bagi membiasakan ahli dengan rentak kayuhan dalam jemaah.
Sudah ramai kalangan kami yang memilih roadbike. Ia sebagai pilihan untuk kayuhan yang berkonsepkan enduran disamping mempelbagaikan dan merasai aneka kenderaan 2 roda tanpa enjin ini.
Saudara Nasron sudah mula berjinak dengan genre baru iaitu RB. Penampilannya dengan S-Work TARMAC SL4 – Saxo Bank yang di customizednya beserta komponen Dura Ace dan wheel set Spinergy STEALTH FCT.
2 rakan lagi iaitu Zalmi dan Art turut meranggikan basikal mereka dengan wheel set Spinergy XAEro Lite. Kalangan team kami memilih menggunakan wheel set Spinergy (samada RB/MTB) kerana rim ini sudah terbukti ketahananya. Ia menggunakan teknologi PBO (polyphenylene bensobisoxazole) Fiber Spoke yang dapat menyerap hentakan, ringan dan putaran yang lebih lancar. Ianya 3 kali lebih kukuh dari stainless steel dan sangat ringan.
Light and Fast!!!
16 Rider dari Alor Setar, Jitra dan termasuk seorang wakil SPCC
Menanti rakan dari Jitra di hadapan Istana Anak Bukit
Barang baru – perlu diselaras untuk menyesuaikan
Otai RB
ART & ART
No comments:
Post a Comment