Sunday, August 26, 2012

Sambutan Lebaran 2012 & Majlis Bacaan Yaasin/Tahlil

Menghimpun komuniti basikal untuk mengerat silaturahim sambil beribadah. Berkat Yaasin dan doa dibaca memohon keselamatan  saudara Alias D’ Pallas  yang akan mempertaruhkan nyawa di perantauan mempertahankan misi pasukan pencari Malaysia(Petronas) dari kacau ganggu lanun.

Lebih dari 50 tetamu hadir yang kebanyakkan adalah rider(dari Alor Setar hingga ke Perlis) sama-sama membaca Yasin yang dipimpin oleh Al Ustaz Raja Azrifuddin sambil menadah tangan memohon rahmat dan doa.

Sama-sama menyumbang tenaga, kuih dan ketupat rendang bagi memeriahkan majlis yang diadakan pada malam Sabtu (jam 9.00) pada hari raya ke 7  bersamaan 25 Ogos 2012 bertempat di kediaman Alias iaitu di Kampung Gelam (berhampiran Taman Suria), Jitra, Kedah Darul Aman, Malaysia.

Sesuai dengan matlamat kami, bukan sekadar riadah yang dicari, ibadah tak dilupa, silaturahim tak dipinggir.

IMG_0893

Orang yang di rai – Alias

IMG_0894

Khalifah majlis, Ustaz Raja Azrifuddin memimpin jemaah.

IMG_0896

Menjamu selera, Rider Perlis pun ada, (GTG)

IMG_0892

Konsep sederhana – bersila

IMG_0898

Pelbagai lapisan usia yang hadir. Ada yang bersendiri, yang berteman dan berpasangan. Yang berkeluarga dan bujang

No comments:

Post a Comment