11 Ogos 2012
Di bulan Ramadhan, banyak juga rider yang berehat untuk melakukan riadah ooffroad, namun bagi kami ianya bukanlah satu halangan. Beriadah sambil beribadah, itulah konsep yang cuba diterap oleh kami.
Udara yang kering lagi berjerubu tidak menghalang 17 orang rider Alor Setar, Jitra, Changloon dan Perlis untuk melakukan kayuhan ke Bukit Kelubi pada malam hari hingga dinihari. Kayuhan ini adalah kesinambungan dari kayuhan minggu lalu yang berjaya menghimpunkan seramai 25 orang rider. Ianya juga untuk meraikan ahli kami(Kapten Jamal) yang pulang ke kampung halaman isterinya. Beliau memang amat teruja dengan trek bukit kelubi ini bahkan pernah mendaki pada siang hari (bulan puasa la).
Kami bermula agak lewat iaitu pada jam 11.30 malam(Selesai berterawih). Hampir I jam mendaki dan tiba di puncak pada jam 12.15am. Di puncak kami melepas lelah dan menikmati moreh yang ditaja oleh saudara Md. Nasron. Sedap berehat menikmati tiupan angin malam yang membelai muka sambil menikmati nescafe dengan mencicah roti kering dan ‘roti john’.
Malam yang gelap dan laluan yang berbatu( loose gravel) berjaya diatasi oleh kesemua penunggang yang hampir semua menaiki AM/FS . Selamat tiba ke tempat parkir kereta pada jam 1.45 pagi.
Terima kasih diucapkan kepada pada semua rider yang sudi hadir berkayuh ke sini. Tidak lupa juga kepada 4 orang marshall yang turut mengiringi rider mendaki disamping menyedia minuman nescafe dan moreh.
Dari Kiri belakang: Art TTBC((Marshall)). Pudin TTG (Marshall), Izwan, Shah, Veyron, Nasron, Cipon, Doha, Fawwaz, Zahir, Mat Nooq, Kapitan Jamal,
Depan dari kiri: Buyong Batoque, Adik irfan, Art IKBN dan Khusairi (tadak dalam gambaq Wan Blitz)
Si Veyron bagaikan Darth Vader
Ed dok belek Transition baru
berkumpul untuk taklimat
Penderaan fizikal
Nescafe + Roti John
Moreh tajaan Md. Nasron
Gerek ni ada otak
Naik 17 , balik pun 17 … cukup dah, alhamdulillah selamat
No comments:
Post a Comment