Tuesday, June 28, 2011

Guts First Skill Later

Untuk memulakan sesuatu yang baru, kita memerlukan keberanian. Menyusul nanti kemahiran yang dipupuk atau setelah diasah atau diberi panduan dan tunjukajar.

Kini di Bike Park, Jitra. Kelas tuition sedang dipergiatkan. Ianya terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Keutamaan diberi kepada mereka yang ingin mengambil peperiksaan lesen DH yang akan diadakan di Gunung Jerai pada 29 June 2011. Peperiksaan ini diperakukan oleh Lembaga akriditasi, MDHA dan juga MBUK. 

Beberapa orang yang mengikuti tuition ini sudah ada kejantanan untuk mengambil beberapa drop yang tinggi. Telur mereka kini tidak lagi mengecut. Dengan teknik menonggeng, mereka sudah faham erti nikmat sedarpp diketika menuruni bukit,  mengambil lurah dan cenuram.

Kini mereka sudah  sedar, pakai Fulsus bukan pasai DH laju. Pakai fulsus pasai nikmat SEDARPP apabila merasai suspension absorb trai.

Terima kasih Zam Norco dan Pudin atas gambar dalam catatan ini

259887_2129734369509_1430483841_2497904_6892060_n

Laluan menarik di Gunung Jerai yang diterokai tempohari

IMG_2088

Fuyooo..lihatlah drop setinggi 6 kaki – tahu cara – kacang jerr ni

Abang AI dibimbing oleh cikgu-cikgu tuition –cerah hati -  sekali jer ajar dah boleh .. yang penting sekali KEBERANIAN dan keyakinan

Cikgu memperagakan kasut terbaru edisi tanpa had sambil berDH ..

MUDAH kan ?

Monday, June 20, 2011

Aduh! Aduh ! Mana Tahan … Godaan


Kini sudah ramai jejaka Jitra menggilai susuk tubuh ini. Tubuh yang montok lagi kental. Punggung yang seksi menonjol ke atas. Betis berisi bak bunting padi, Pinggul menarik  pandai menggelek, lengan yang panjang sedap digoncang.  Berjalan dia dengan melenggang tetapi berlari tidaklah kencang.


Ramai yang sudah mengerling. Ramai juga mula mengintai. Tidur malam sudah termimpi-mimpi.

Kehulu kehilir rakan mengusung. Menuju bukit sambil mengendong, tubuh didekap semakin erat. Enak dibuai sedap dihenjut. Tersenyum lebar tandanya puas . Sambil bibir mengecap-ngecap..terpacul dari  mulut berkata SEDARPPP

Tidak tertahan mata melihat, hati menjadi tidak keruan, segala yang indah semakin indah. Bila sudah naik berahi, apa nak tunggu lagi, maharnya tersedia udah dicari.. LANTARAN pinangan  dimasuk  hantaran diberi.

MAKA ….
Akad terjadi di hari Khamis, Malam jumaat malam yang sunat .. Dikenali sebagai  Zam KBS, dara pilihan memberi nikmat.

Mohd Zamzury Bin Mohd Refal dengan Specialized Enduro 2010 (bau kedai lagiiii)
image
FRAME Enduro M5 alloy, fully manipulated frame w/ ORE TT and DT, forged HT, sealed cartridge bearing pivots, ISCG mount, replaceable derailleur hanger, 160mm travel
REAR SHOCK Fox RP2 for Enduro. Ext reb and ProPedal
FORK RockShox Lyrik Solo Air R, adjustable rebound, 20mm thru-axle w/ Maxle SL, tapered alloy steerer
CRANKSET Custom Shimano Hollowtech II 2-piece crankset with Gamut 5/22/A36 shift guide
HEADSET 1-1/8 and 1.5" Threadless, Campy style upper with 1.5" lower cartridge bearing
BRAKE Custom Avid Elixir R S
REAR DERAILLEUR SRAMX-9, 9-speed, mid cage
FRONT DERAILLEUR Shimano M665-E, SLX, top swing, dual pull for double
SPOKES DT Swiss 1.8mm stainless
Custom DT Swiss rims
 IMG_2064
Imam dimimbar memberi khutbah makmum mendengar sudah gelabah.
Bukan kitab Mahabhrata jadi panduan tidak juga Kama Sutra. Lebai Google ada cerita buat panduan sesama kita.
IMG_2065
Huyooo ..sudah berani ambil laluan berbatu ni
IMG_2070
COOL .. berjaya melompat
IMG_2077
Aiyooo ..lihatlah kecuramannya .. Nasron dok bagi petua camna nak tackle laluan ni .. kalau tak kena cara, mau tunggang langgang di sini
IMG_2079
GIANT BIRU selamber jer turun  ..  ANDA jua pasti boleh lakukannya .. berbekalkan keberanian, keyakinan dan teknik yang betul


Saturday, June 18, 2011

Selamat Penganti Baru - Naim


Tarikh: 18 Jun 2011 bersamaan 16 Rejab 1432, Sabtu
Lokasi: No. 26, Taman Sri Fajar, Lencongan Barat, Alor Setar

Pada 4 Jun 2011 lalu, diketika kami berpeluh mengayuh di Jamboree Hatyai, Mohd. Aimi Naim Bin Mahjuddin juga berpeluh berhadapan dengan Tok Imam. Namun sepertimana beliau  meluncur laju ber DH maka laju dan  lancar jualah lafaz nikahnya itu. MAKA berpindahlah ‘geran’ seorang gadis  dari Kota Sarang Semut yang bernama Siti Zaiton Binti Mohd. Dali kepadanya.

Hari ini, majlis resepsi sebelahnya diadakan. Ramailah jua rider dari pelbagai ‘genre’ yang hadir. Beliau bermula dengan XC sejak akhir tahun 2009 lalu dan beraleh ke genre Downhill dalam tahun 2011. Apakah aktivitinya dalam dunia basikal akan berakhir setelah bahtera mula dilayari. Kita tunggu dan lihat….
 
Pihak kami dengan ini mengucapkan tahniah dan syabas kerana berjaya mengakhiri zaman bujangnya dengan ucapan SELAMAT PENGANTIN BARU dan mendoakan semoga kekal bahagia ke akhir hayat. Namun sedikit petua dari kami .. Kalau ibu, syurga dibawah tapak kaki. Kalau bapa, ‘pengasahnya’ adalah tapak kakimu. INGAT anda adalah NAKHODA dalam melayari bahtera perkahwinan.
 
IMG_2035
Dari Kiri Hadapan: Wan Blitz, Che Wan, Zam Norco, Zamer, Nasrun aka Lontruth dan Art IKBN
Di Belakang Pudin TTG bersama pasangan mempelai
IMG_0936
Dunia XC yang telah ditinggalkannya
IMG_0658
Beraleh ke dunia Downhill .. sayangkan isteri tingal-tingglkan(he he he) namun basikal bukanlah isteri ..

Wednesday, June 15, 2011

Hidayah & Penunjuk

Tarikh: 13 Jun 2011

Petunjuk & Penunjuk

Sesungguhnya pola mukabumi mempengaruhi aktiviti seseorang itu. Jitra berlatarkan banjaran bukit-bukau, tidak hairanlah jika AMT/Full Sus menjadi pilihan rider di sini terutama yang menginginkan kemuncak adrenalin.

Seorang lagi rider Jitra, sdr Syamsul beraleh kepada AMT.  Pilihannya adalah Mangoose 2010 Khyber Elite. Errr…MTB   masih  ‘dikendongnya’.

Frame: Mongoose FreeDrive All Mountain/Free Ride, 165mm travel, 135mm vertical drop outs
Fork:  Rock Shox Lyrik R U-Turn 115-160 mm travel, rebound adjustt, 20 mm Maxle Lite thru axle w/ 1.125/1.5 taper steerer tube
Front Derailleur Shimano SLX
Rear Derailleur:  SRAM X.7
Shifters:   SRAM X.7 18 speed
Tires: Kenda Excavator w/ Stick-E rubber 26" X 2.35, Folding
Brake Avid Juicy 3 w/ 203 mm front / 185mm rear rotors

      
image

Petangnya – kemenyan mula diperasap, senjata dipertajamkan, gelanggang sudah dibuka … maka Sang Adiguru  Lontruth mula menurunkan ilmunya. Sekelumit petua diperturunkan, doa dan mantera dibacakan. Langkah dan Gerak perlu disudi ..segala halangan berjaya tempuhi, serangan dilancar bertubi-tubi. Walau rebah terkena tumbukan, bingkas dan tangkas bangkit semula. Tidak mahu mengaku kalah.  NAMUN .. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga … gelanggang sekarang gelanggang jagoan hendaknya mencuba biar berteman, biar bersandar dengan gurunya.

IMG_1884

Bermula di Guard house – Bukit Indah, Jitra

IMG_1886

BIKE PARK: Kalau dulu di sini beliau akan turun tuntun – kini TIDAK lagi

IMG_1891

Sudah berani ambil drop dengan selamberrr – mencuba trek Darulaman Downhill nihhhhh …

IMG_1892

ending yang bergaya dengan penuh keyakinan

SYABAS … Teknik yang betul akan memberi nilai tambah dalam pengendalian MTB nanti

Monday, June 13, 2011

Meranggikan Basikal

 

DIY - Basikal milik salah seorang ahli yang merubah miliknya pada ahli yang lain. Bagi menampakkan kelainan, kemasan pada frame dilakukan. Menggunakan Cat 2K yang dipress kedalam kelalang aerosol  untuk memudahkan melenggok kerja mengecat. Ditambahkan sticker dan dihambor lagi ngan clea bagi menaikan seri wajah. Sebelum itu kerja-kerja pelicinan dengan membuang cat dan sisa cat lama dilakukan dengan menggosok kertas pasir dan kemudian undercoat yang bersesuaian dilakukan.

Kerja-kerja sebegini  memang boleh dilakukan sendiri, namun adakalanya ‘jenis tangan’ boleh mencacatkan apa yang kita lakukan. Kalau jenis tangan berseni(jenis bertukang)  memang mudah dilakukan. Pada yang berminat untuk menampilkan wajah baru tetapi tidak ada masa  atau tidak mahir melakukan bolehlah hubungi  ART TTBC: 019 –4199 990. Caj yang dikenakan amat berpatutan. Servis melibatkan peleraian komponen, mengecat dan menampal sticker dan memasang semula komponen.

Boh KCNC X-7 – hulamakkkkk ….

Thursday, June 09, 2011

Jamboree Hatyai Kali Ke-2

Hari Sabtu 4 hb Jun 2011 adalah harinya. Pukul 3.30 petang hari sebelumnya, seramai 26 orang dengan 6 buah kereta berkonvoi ke Hatyai. Dipintu sempadan. Kami terpaksa beratur panjang menghabiskan waktu menunggu giliran bagi urusan imigresen. Jam 7.30petang baru tiba di hotel Florida

Saudara Khusairi bersemangat nak kayuh. Baginya acara bermula dari  Bukit Kayu Hitam lagi. Beliau mengayuh dari jam 8.00 malam dan tiba jam 10.30malam. Tenaganya dihabiskan sejak awal, pasaitulah tak berjaya menamatkan kayuhan dengan bergaya

Sebelum itu, saudara Pudin TTG diberi amanah untuk menyelaraskan soal penginapan di Hotel Florida dan mengambil goodies di JB hotel.

Kalau ke Hatyai, Florida Hotel menjadi pilihan kami. Mungkin kerana sudah ada ‘hubungan’ dengan pihak hotel, harga bilik yang munasabah dan keselesaaannya disamping berdekatan dengan lokasi makanan, kedai basikal dan sebagainya. Bilik ditempah sebanyak 10 + 1.

Walaupun sebanyak 25 ahli yang menyertai Jamboree, namun  ada yang membawa isteri dan 3 orang lagi bertindak sebagai ‘pembantu’ dan penyelaras teknikal. 

Treknya adalah  trek ‘reversed’ dari tahun lalu. 3 orang  ahli telah tersesat jalan dan tidak dapat menamatkan kayuhan. Suudara Rizal RB menamatkan kayuhan dengan bergaya dan berada dalam kedudukan 'Top 100’. Yang lainnya layan trek dan berjaya jua menamatkan kayuhan denagn mendapat kesemua sticker CP

Jamboree kali ini memang terasa kekurangannya. Penyertaan semakin susut, hadiah makin kemut, makanan tidak cukup dan kemeriahannya semakin kuncup. Itu apa yang kami rasakan.

Terima kasih kepada  Pudin  dan Ustaz Raja atas gambar di dalam posting ini

Redflag2

Persiapan sebelum bertolak di depan RFC, Jitra

IMG_1656

Ada yang bawa 2 biji dan ada yang bawak 3 bijik ..  kali ni semuanya menjunjung di atas kereta

Redflag3

Abang Ai dan ustaz Raja (pertama kali kayuh di sini – amacam ustaz? nak mai lagi?)

Redflag4

Art TTBC, Sharyzee dan Basree

Redflag55

10.30pm – Khusairi baru tiba

_MG_4542

Pudin sedang menerima goodies dari Ah Teoh

IMG_1639IMG_1640

Bergaya dengan baju baru- makan malam di pasar malam (PetThai)

IMG_1643

Menyorok di muslim Thammarat ..awat taktau ..lani kedai ni lembab sungguh servisnya

IMG_1642

IMG_1644

Geng bawak isteri ..atas Hanif dan isterinya Rosma(kayuh gak nih)

Bawah-  Basree dan isteri, Jas dan isterinya(Mas)

IMG_1645

Cikgau Pau & Gang

IMG_1650

Huyooo .. Fox  Kashima Coated 2012 ..macam pernah ku lihat Fox tu sebelum ni

IMG_1663

Dari kiri – Art Public Bank(penyelaras Teknikal), Ustaz Raja, Rizal RB dan Megat

IMG_1667

Redflag6

Ditapak permulaan – 8.30am flag off

IMG_1694

sesak dahhhhhhh

IMG_1731

Cikgu Fisol dengan AMTnya Santa Cruz

IMG_1733

Jas , kecewa tidak dapat menamatkan kayuhan – rantai putus setelah melewati CP4

IMG_1744

Tahun lepas – halanya berlawanan – DH sini memang best

_MG_4675

Tapak penamat – berkaparan basikal – rider melepaskan lelah dan haus

IMG_1807

Ada tandanya …….

Tanda penghargaan penyertaan .. Takdak sapa yang bertuah dalam cabutan bertuah !!