Monday, May 16, 2011

Sedarp–HIdayah Terbuka Di Hari Guru

Tagline: Dunia ini tidak rata

Jitra dikelilingi dengan bukit bukau, tidak hairanlah ramai jejaka-jejakanya sukakan adrenalin yang memuncak. Tidak perlu  bersuluk dengan mengasing diri, jalan yang benar di hadapan anda, Sudah ramai yang mendapat petunjuk. Anda hanya perlu beramai-ramai melihat dunia sambil  menikmati keindahan alam. Menghayati alunan, hayunan dan keempuka ekor lembut bagi mendapat hidayah ini.

Kini seorang lagi jejaka diberi hidayah, peluang yang datang telah disambar. Beliau sudah memiliki URGE, maka tidak hairanlah beliau juga kini beralih kepada kesedarpan… siapakah gerangan beliau itu

IMG_0915

IMG_1257

SELAMAT HARI GURU

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Terima kasih wahai guru-guruku,

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Petikan dari Sajak Guru O Guru karya USMAN AWANG - 1979

No comments:

Post a Comment