Monday, August 22, 2011

Sessi Yang Seksi – Wan Blitz berjaya miliki

DSCN0985
wan blitz2Kebelakangani ni Wan Blitz kembali keseorangan lagi kesunyian. Dahulunya beliau sering bertukar-tukar pasangan. Apabila sudah jemu atau dalam kesempitan beliau akan menceraikan pasangannya. Nampaknya beliau tidak dapat menyembunyikan gelora jiwanya yang kegersangan, tambahan rakan-rakan sering memperagakan keseksian pasangan mereka dihadapannya. Bagi melempiaskan nafsu serakahnya itu, pasangan rakan yang ditinggalkan menjadi sasaran.

Kini beliau sudah bersua dengan pasangan yang cocok(???). Bukanlah dara, tapi sang janda. Bukan lagi rahsia bahawa beliau pernah ada skandal dengan si janda ini, jadi tidak hairanlah beliau tertarik pada si janda ini. Sang janda yang masih muda, masih monggel lagi seksi. Pedulikan tentang dara, yang pasti beliau merasa puas lagi sedarpppp
Belum sempat diijab kabul,  sang janda ini telah dijamahnya di dalam hutan di Bukit Kiara. Bukan sekali, bahkan berkali-kali beliau menggomoli tubuh sijanda ini. Diratahnya dengan rakus sekali. Pelbagai aksi yang diketahui dipraktikkan. Atas bawah, mereng, tonggeng, sebut sahaja – beliau sudah mencubanya. Sang janda pun bukan main lagi merenyamnya. sang janda yang masih muda, sudah pasti masih bergetah. Diatas tubuhnya, dicelah kedua pahanya Wan Blitz dialun.

Yaaa .. Wan Blitz sudah memiliki Trek Session 88. Beliau sudah mencubanya di Kiara dan Bike Park.  Apakah beliau masih tercari-cari  yang baru …. kita tungguu

Wan Blitz atau nama sebenarnya Ridzwan Bin Aziz( Tak ada kena mengenai  dengan June Aziz ) adalah anggota asal Redflag. Bermula dengan BMX, kemudian MTB/XC sejak tahun 2005/2007 lagi, namun beraleh ke cabang yang lebih xtreme iaitu DH dalam tahun 2009. Seorang usahawan Bumiputera yang mula meningkat . Mempunyai ‘hubungan’ (PR) yang baik dengan team-team luar terutama ‘genre’ DH. Perkhidmatan yang cemerlang dalam Kejohanan anjuran MDHA iatu Darulaman Downhill Challenge tempohari hingga namanya disebut-sebut untuk pencalonan bintang(Bintang 3). Mempunyai hubungan akrab dengan beberapa artis tempatan(huyoooo) yang kayuh gerek dan banyak lagilah pengorbanannya yang letih nak coretkan disini .. Apapun dia ni dilahirkan untuk naik sepeda tanpa sependa.

IMG_2734  
Wan Blitz dan Trek Session 88nya
_MG_5654
   image
Release Date 2010 
Travel  203mm 
includes Full Floater, ABPBP and EVO Link
Rear Shock Fox DHX 5 Coil, custom "gravity tuned" w/external rebound, 15-click Pro Pedal, boost valve; 8.75x2.75" 
Fork Fox 40 RC2 w/Ti coil spring, high/low speed compression, rebound, internal travel adjust, 203mm
Cassette  SRAM PG970 12-26, 9 speed  
Crankarms Shimano "New" Saint, 83mm bottom bracket, 38T 
Chainguide MRP G2 Chainguide 
Rear Derailleur SRAM X-0, short cage  
Shifter Pods SRAM X-0, 9 speed 
Brakes AVID Juicy Elixir CR; 203mm front rotor, 180mm rear rotor 


No comments:

Post a Comment