Thursday, October 06, 2011

Perpisahan Tanpa Rela

IMG_3491
 
Saudara Jamaluddin Bin Jumaat yang lebih kenali sebagai Kapten Jamal telah bersama dengan Team Red Flag sejak tahun 2007 lagi. (Beliau mula bertugas di Kolej Tentera Udara, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah sejak 01 September 2007).
 
Sumbangan yang besar kepada pembangunan MTB sekitar Jitra. Berbekal pengalaman dalam bidang ketenteraan, tidak hairanlah trek-trek sekitar Jitra adalah hasil dari usaha pencariannya. Beliau akan merintis denai-denai di hutan sebelum kami meneroka/membuka laluan. Sumbangan terbesarnya adalah dalam merealisasikan Kedah Jambori dan yang terbaru kejohanan Darulaman Downhill(Siri ke 3) di Jitra tempohari.
 
Kami akan kehilangan seorang pakar pencari trek apabila beliau diarah bertugas ke Institut Latihan Tentera Udara Malaysia, Ipoh mulai 01 November 2011.
 
Perpisahan tentu mengundang perasaan hati yang berat jua. Namun apabila dikenang saat bersama, tentulah ianya akan menjadi detik kenangan manis yang tidak akan dilupakan. Semoga khidmat baktinya akan terus subur ditempat barunya, baik kepada agama, negara, bangsa dan dunia MTB
 
 
Pihak kami merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga dan mendoakan beliau sentiasa di Rahmati oleh Allah SWT, diberikan kesihatan tubuh badan, ditambahkan ilmu pengetahuan dan mudah naik pangkat lagi bagi manfaat agama, bangsa dan negara.
 
Terima Kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah ditunjukkan selama ini. Jasa beliau tidak dapat kami balas tetapi akan sentiasa dikenang
 
‘JASAMU DIKENANG’
 
 
IMG_4047
Majlis Meraikan Perpisahan Beliau
 
_MG_0239
Merintis jalan: Berat yang dipikul
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment