Setelah mendapat maklumbalas yang positif dari rakan-rakan mengenai trek ini, maka laluan yang lebih panjang harus dicari untuk memberi lebih kepuasan. Sekurang-kurangnya mencecah 30km jaraknya.
Maka hari ini 5 orang ahli team meneruskan tinjauan pencarian ke daerah ini. Kaedah pencarian tanpa bantuan teknologi digunapakai iaitu: -
- Pengalaman
- Gerak hati & Firasat
- Kaedah temubual
- Arah matahari dan daun kayu
Walaupun permulaan agak mencabar kerana terpaksa menolak mendaki bukit yang dipenuhi dengan akar getah yang terbungkin, namun setelah mendapat sedikit panduan dari penoreh, maka laluan yang menarik telah diperolehi…
Laluan yang dikenalpasti tidak perlu ‘menolak’ pada yang ada ‘qhiang’ dan DH yang tidak terlalu curam. Memasuki kebun getah dan naungan hutan buluh bagaikan terowong menambah uniknya trek ini. InsyaAllah setelah kami dapat sambungan jaringan laluan ini , kami akan menjemput para rider untuk turut sama merasainya.
SEMBAH TAHNIAH
Patik menjunjung kasih merafak sembah dan tahniah sempena pengisytiharan Pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong ke-14 pada hari ini 13 Dis 2011 bersamaan 17 Muharram 1433.
Ia merupakan satu penghormatan bersejarah kerana kali kedua dilantik sebagai YDPA dan menjadi satu kebanggaan kepada Kerajaan Negeri dan juga rakyat Kedah.
Layan Gambar : -
Gambar di FACEBOOK KLIK
Aduihhh .. takkan nak tolak kot?
Teratak penoreh di tengah kebun
Abe dok cerita selok belok kawasan kebun getah ni
Root section .. Yus tak kisah nak DH gak..
Dah Jumpa … permulaan yang menarik
Kepala Peninjau
Pasukan Pencari Hari ni
Bukit Hutan buluh yang cantik dan menarik
Tak rugi sapa yang mai trek ni…..
No comments:
Post a Comment