Wednesday, November 14, 2012

Muruku Ride: The Silent Race

IMG_3204

Sekali lagi 2 acara dengan 2 genre berbeza diatur pada hari yang sama. Kenderaan tanpa enjin beroda dua, mengguna tenaga, kudrat dikerah, skill diasah.

Geng Road

Di utara sana , dijalan yang rata, Zalmi & Rizal mengerah kudrat meng’complete’ kayuhan 2 negeri ( Kedah/Perlis) sejauh 168km . Bermula dari KMC, Alor Setar -> Jitra ->Felda Guar Napai -> Pauh -> Chuping ->Kangar ->Arau -> Kodiang ->Jitra -> KMC. Menamatkan kayuhan ditengah rembang dengan mengambil masa hampir 6 jam.

Nun Disana di ‘Puncak Kedah’, Kelompok berbeza menyahut cabaran mempertaruh skill dan jentera di ‘Enduro DH Gunung Jerai’. Ia di atur oleh Mohd. Nasron aka Lontruth. Seramai 51 peserta, 43 rider(selebihnya hiker) mencabar keberanian diri, mengawal jentera menuruni bukit merasai nikmat adrenalin.

Selebihnya dok hayun teloq dirumah atau ada ‘agenda’ yang tak dapat dielak.

Sebermula di Titi Hayun kami berkumpul, menyusun basikal ke 2 buah lori dan diangkut penunggang dengan 2 buah van. Tempat bermula di Jerai Resort, 10.40 pagi acara bermula. Tangga Kenari cabaran bermula. Rintangan batu dan akar dihadapi, licin dan curam terpaksa ditempohi. Peserta di periksa di  3 CP. Hanya seorang cedera, yang lain semuanya selamat dan gembira walau perut dok kecut, hati koi kecik.

Sebelum acara bermula, satu team telah dikerah, mencari denai jalan ‘dibuka’, semoga semua peserta terasa selesa. NAMUN kalau ada silap dan cela, seribu ampun kami pinta.

INSYAALLAH event bertaraf antarabangsa bakal diatur ditahun 2013

IMG_3186

2 buah lori & 2 buah van untuk basikal dan penunggang

IMG_0498-horz

Hari ni ramai gak geng yang kayuh naik

IMG_3211

Awal permulaan: Doa diaminkan

IMG_3218

Permulaannya

IMG_3221

Cabaran awal

IMG_3226

Laluan hiking: Akar selirat

IMG_3229

Penang Mari, menguji diri

IMG_3235

Mashall bergerak pun ada

IMG_3264

Geng Hardtail(RB) pun ada

IMG_3276

Rehat seketika

IMG_3277

Funn Rider

IMG_3283

ASBT …geng hati kering

IMG_3289

Videoman on the move

IMG_3298

Halangan yang terpaksa diredah

IMG_3310

SP gang .. semoga dunia DH bakal bermula

IMG_3318

Gembira menamatkan acara

Monday, October 01, 2012

Berbeza Tapi Tetap Bersatu

JCC 2 Kedah

2 acara dengan 2 ‘genre’ yang berbeza. Laluan tak serupa, rupabumi tak sama. Di tanah yang rata, sebahagian memilih jalan yang elok dengan menyertai kayuhan ‘Road To Kangar’, manakala sekelompok memilih hutan dan bukit di Trek Hosba.

Saudara Nasron(Lontruth) mengepalai kelompok yang gemarkan adrenalin dengan ‘meragas’ bukit, merentas denai, meredah semak dan menuruni teres. Jalan yang sukar sengaja dicari untuk menguji kemampuan diri. Trek dicari untuk mengganti laluan yang bakal hilang untuk projek tanaman semula getah. Boleh juga jadi latihan untuk ke Teluk Chempedak Downhill Challenge a.k.a ‘Beat My Time’ (BMT 2012) yang akan diadakan di Kuantan pada 06 & 07 Oktober 2011 dan Kayuh Lasak pada 2 Disember 2011.

Dipertengahan jalan, berkongsi minat dengan Team Redflag, trek Hosba dijamah bersama, species sepeda hampir serupa, pengalaman baru dikilik bersama.

Di jalan yang rata, Din Toyota, Zalmi, Rizal RB dan Cikgu Fisol meluncur laju bersama geng SPCC, TRM, Lunas dan beberapa individu dari Penang yang membuat kayuhan dari SP – Kangar - SP. Berhenti rehat menanti rakan di Shell Simpang Empat Che Kassim sebelum meneruskan kayuhan ke Kangar. ALHAMDULILLAH di raikan oleh big boss TRM, Tuan Haji Aznan dengan kudapan sedap dan menyegarkan. TERIMA KASIH bebanyak. Insyaallah projek seterusnya ‘ Kayuhan Ketam Rebus’. Kangar – Satun – Kangar pada 13 Oktober 2012 pulak. HAPPY CRANKIN’, ENJOY LIFE …

Lagi Gambar di FACEBOOK

IMG_1862

Di Section Hope

IMG_1848

Laluan baru … multiple terrace, multiple action , multiple orgasm

IMG_1906

With Redflag Jitra Team

IMG_1898

Pengalaman


ROAD TO KANGAR

Road 2 Kangar

Rizal & Zalmi

Road 2 Kangar 3 325511_477267188972760_169423762_o

Regroup di Shell Simpang 4 Che Kassim

77723_477267562306056_1092873499_o Road 2 Kangar 5

Hmmm … makan time

..Gambar dari kamera Shariffudin Bin Mohamad

Monday, September 17, 2012

Kayuhan Rentas Sempadan (KRS)

IMG_1558

Tarikh : 15 – 16 September 2012
Day 1: SP - K. Ketil - Kupang Gerik H/Way - Gerik - Kg Lalang - Nenering - Betong, Thailand = ±150km
Day 2: Betong, Thailand - Baling – Kuala Ketil – Sg. Petani = ±75km

Kayuhan anjuran  Sungai Petani Cycling Club (SPCC) yang merentas sempadan negeri dan negara. Bermula dari Petronas Taipan Square, Sungai Petani melalui lebuhraya Kupang /Gerik Highway. Di kawasan berbukit dengan pemandangan yang indah,  terpaksa memerah tenaga mengasak kudrat menunjal naik, mengasuh minda, mengawal kayuhan, mengelak kekejangan sejauh ± 80km sebelum merehatkan badan dan minda dengan menambah tenaga. Isian tenaga dengan nasi di Restoren kari Kepala Ikan, Spg Gerik.

Di Fasa Ke dua yang melalui  Felda Nenering barulah merasai cabaran sebenar. Ramai juga yang menderita di sini dek kekejangan otot tambahan disimbah hujan dipertengahan jalan. Alhamdulillah setelah berhempas pulas hampir 8 jam, semua selamat tiba di Betong.

Hari kedua  cabaran lebih ringan, laluan banyak yang rata. Bergerak keluar pada jam 9.00 pagi. Selesai urusan imigresen pada jam 10.20am mula bergerak pulang. Habuan menarik di Gunung Inas meluncur turun sambil mengawal brek, mengelak lubang dengan kelajuan rata-rata 60km/h, tak hairanlah ramai tersenyum puas. Dari Baling bergerak dalam 2 kelompok dan tiba pada jam 1.00 tgh.

ALHAMDULILLAH – Kayuhan ini menguji keupayaan mental dan kudrat kami. Pengalaman yang ditimba mematangkan kami. Moga dilain acara kita akan berjumpa- mungkin agak berbeza …???

LAGI GAMBAR DI FACEBOOK KAMI

IMG_1411

Geng ‘Kerajaan Langit Jitra ‘ dan penasihat teknikal (Cikgu Chon)

IMG_1494

Kereta Team – Penyelamat diwaktu terdesak

 

IMG_1416

Taklimat awai dari Otai SP – Bang Li

IMG_1425

Doa dipohon – dipimpin oleh sdr Fuad

IMG_1412

Abang Ai, Mengepalai team

IMG_1432

Geng XC … dok menyembang. Sepanjang Jalan Kenangan

IMG_1435

IMG_1460

IMG_1461

Kudrat di uji. Perah dan peras tenaga di sini

IMG_1466

R & R Sungai Rui

IMG_1475

Refilll at Restoran Kari Kepala Ikan

IMG_1488

Pancit dan pancat – ada yang dah buat kelaku

IMG_1496

Geng sampai awai

IMG_1505

Tahniah ..berjaya

IMG_1515

Pemeriksaan Imigresen 04.10pm

IMG_1523

Terbukti

IMG_1531

Melepas dahaga. Pekena ’ lengkong ‘(Chinchau) kat kedai Amin Betong

IMG_1569

Hari Kedua : Layan DH kat Gunung Inas

IMG_1591

ALHAMDULILLAH .. semuanya selamat tiba …1.00tgh

Tuesday, September 11, 2012

Mendaki Bukit Kelubi Menelusuri CP3

IMG_1305

Sabtu, Tanggal 8 September, selepas 21 hari beraya,  22 orang jejaka dengan kudrat yang ada mengerah tenaga mendaki Bukit Kelubi. ‘Let All Mountain Bukit Kelubi – CP3’ jolokan di beri. Ramailah penunggang AM/FS menyahut seruan, tak ketinggalan geng hardtail.

Pertemuan bermula di Anjung Kelubi. Sambil menanti kehadiran rakan-rakan sempat menjamah roti canai  melapik perut buat pemberi tenaga. Permulaan acara dengan bacaan doa  dipimpin oleh Al Ustaz Raja memohon keberkatan dan keselamatan dari segala bala, akhirnya pada jam 8.15am gerombolan ini berbondong-bondong mendaki Bukit Kelubi. Sampai dipuncak taklimat ringkas diberi. Pelana direndahkan, tukar ke gear yang tinggi. Turun seorang-seorang, bergerak sambil menjarak untuk mengelak kawan yang tersentak. Denai yang curam, laluan berbatu. Cabaran pada yang baru , tapi biasa pada yang ‘tegar’… Di ‘Batang Berjuntai’ kembali berkumpul, bergambar kenangan berlatarkan pemandangan. 2 orang sedikit malang, sedikit cedera yang tidak berbekas. ..

Di kaki Bukit kembali berkumpul, dari 22 yang datang, 9 yang pulang. Yang lain menerus cabaran di Laluan CP3. Menjamah  trek ‘ Che Yeh’, meredah akar di section akar sebelum mendaki menyusuri laluan ‘Kedah Jamboree’. 

Kayuhan tamat pada jam 11.30am dengan jarak kayuhan 16.9km.

Lagi gambar di FACEBOOK kami

IMG_1365

Anjung Kelubi .. Sarapan di sini, pekena roti

IMG_1246

Memohon kepada Yang ESA

IMG_1275

Sungai Mekong ?

IMG_1277

R & R : Setelah penat berhempas pulas

IMG_1280

Check Barisan & Taklimat DH

IMG_1307

Posing Di Batang Berjuntai ..

IMG_1310

kerumun gerek - Brek hangit …. lekat

IMG_1320

Kapitan

IMG_1343

Rehat lagi sebelum menempuh cabaran

IMG_1349

Section akar yang mengancam

IMG_1355

Menelusuri Laluan Kedah Jamboree 2009

IMG_1361

Pancat & Pancit