2 acara dengan 2 ‘genre’ yang berbeza. Laluan tak serupa, rupabumi tak sama. Di tanah yang rata, sebahagian memilih jalan yang elok dengan menyertai kayuhan ‘Road To Kangar’, manakala sekelompok memilih hutan dan bukit di Trek Hosba.
Saudara Nasron(Lontruth) mengepalai kelompok yang gemarkan adrenalin dengan ‘meragas’ bukit, merentas denai, meredah semak dan menuruni teres. Jalan yang sukar sengaja dicari untuk menguji kemampuan diri. Trek dicari untuk mengganti laluan yang bakal hilang untuk projek tanaman semula getah. Boleh juga jadi latihan untuk ke Teluk Chempedak Downhill Challenge a.k.a ‘Beat My Time’ (BMT 2012) yang akan diadakan di Kuantan pada 06 & 07 Oktober 2011 dan Kayuh Lasak pada 2 Disember 2011.
Dipertengahan jalan, berkongsi minat dengan Team Redflag, trek Hosba dijamah bersama, species sepeda hampir serupa, pengalaman baru dikilik bersama.
Di jalan yang rata, Din Toyota, Zalmi, Rizal RB dan Cikgu Fisol meluncur laju bersama geng SPCC, TRM, Lunas dan beberapa individu dari Penang yang membuat kayuhan dari SP – Kangar - SP. Berhenti rehat menanti rakan di Shell Simpang Empat Che Kassim sebelum meneruskan kayuhan ke Kangar. ALHAMDULILLAH di raikan oleh big boss TRM, Tuan Haji Aznan dengan kudapan sedap dan menyegarkan. TERIMA KASIH bebanyak. Insyaallah projek seterusnya ‘ Kayuhan Ketam Rebus’. Kangar – Satun – Kangar pada 13 Oktober 2012 pulak. HAPPY CRANKIN’, ENJOY LIFE …
Lagi Gambar di FACEBOOK
Di Section Hope
Laluan baru … multiple terrace, multiple action , multiple orgasm
With Redflag Jitra Team
Pengalaman
ROAD TO KANGAR
Rizal & Zalmi
Regroup di Shell Simpang 4 Che Kassim
Hmmm … makan time
..Gambar dari kamera Shariffudin Bin Mohamad
No comments:
Post a Comment