Kursus ini anjuran Jabatan Belia & Sukan (JBS) Negeri Kedah dengan disertai oleh 30 orang dari beberapa daerah seluruh Kedah. Ianya diadakan di Hotel Darulaman, Jitra Kedah selama 3 hari 2 malam iaitu dari 25 – 28 April 2012. Pihak kami telah di amanahkan untuk menjadi jurulatih dan penceramah dimana saudara Nasron dan Wanblitz terlibat secara langsung.
Kursus bermula pada jam 9.00pm(25/4/2012) dengan penerangan mengenai asas dan peralatan MTB. Keesokkan harinya teknik kayuhan, climbing, Downhill dan lain-lain di berikan.
Penekanan diberikan kepada peserta tentang halangan-halangan dan yang utama ialah halangan mental. Kami seberapa daya upaya cuba untuk meyakinkan perserta bagi memecahkan halangan ini. Apabila halangan ini berjaya dipecah, pasti keyakinan akan dipeolehi dan seterusnya pasti dapat melakukan dengan baik.
Pada hari ketiga peserta didedahkan dengan situasi sebenar kayuhan. Mereka dibawa ke trek CP3. Maka segala teknik yang diajar telah dipraktikkan sepenuhnya.
Kejayaan kursus ini memungkinkan satu kursus advanced dilaksanakan.
Lontruth: 012-5846 288
Sesi pengenalan diri dan pengenalan kepada MTB
Sesi 2 di lapangan(Bike Park) . Teknik-teknik yang betul diajar
Peserta diajar teknik penurunan yang betul (attack position)
Yang ni untuk yang dah mahir jer ..
Ada juga yang nak cuba sambil diperhati dan dinilai oleh cikgu
sesi ke 3 : Penyelenggaran basikal oleh saudara Alias D’Pallas
Kusyuk mendengar penerangan
Sesi 4: peralatan dan keselamatan
Upaca penutup dan penyampaian sijil
Perasmian penutup oleh Timbalan Pengarah JBS Kedah, Tuan Haji Othman Abdul
Sijil kepada peserta
Cederahati
Promote sikit:heh heh . .. Sinarharian, Ahad 29 April 2012 (Fokus Sukan) KLIK untuk membaca dan membesarkanimej
No comments:
Post a Comment