Jumaat 19 Disember 2014 pihak kami berbesar hati menyambut dan meraikan rakan kayuhan dari Terengganu iaitu Terengganu Revolution Cycling Team ( TRCT) seramai 17 orang yang diketuai oleh YM Ku Mat dan Che Wan.
Perancangan awal untuk kayuh malam di laluan Bukit Lenguh ditangguhkan atas sebab tertentu. Sesampai di Alor Setar mereka diraikan dengan bersepeda menelusuri laluan ke Gunung Keriang. Kayuhan santai menyaksikan panorama indah sawah padi menghijau. Kayuhan dikoordinasikan oleh saudara Pudin TTG dengan dibantu oleh Team JCyC dan Cleats. Beberapa rakan sekitar Alor Setar turut sama meraikan mereka. Terima kasih semua
Sabtu 20 Disember sekali lagi kami membawa team ini menelusuri laluan Alor Setar ke Kangar dan seterusnya hingga ke Kuala Perlis sejauh hampir 70km. Kayuhan dipandu oleh saudara Anot Anuar dari Cleats
Kami mewakili rider Utara mengucapkan jutaan Terima kasih kerana sudi hadir ke Alor Setar dan Perlis. Semoga ukhwah dikalangan sesama rider akan terjalin lebih erat. Maaf dipohon sekiranya terdapat beberapa kekurangan dari pihak kami. INSYAALLAH tandangan kami akan menyusul pula
Bermula dari Masjid Albukhari, Jalan Langgar Alor Setar
Sweeper
Badyn, Zulhelmie dan Din Merida - memastikan tidak ada peserta ketinggalan
FP @ Gunung Keriang - Kudapan buat penghilang dahaga dan lapar
Taman Jubli Emas, Suka Menanti, Alor Setar
Tanda penghargaan
Esoknya - Alor Setar - Jitra - Kangar - Kuala Perlis - Wang Kelian
Kayuhan dipacu & dipandu oleh Anot dari Cleats
Ditarik oleh Rizal RB
No comments:
Post a Comment