Tarikh : 23 - 24 Mei 2015
Kayuhan ini dianjurkan oleh Kelab PLUS Seksyen N1. Ia disertai oleh 51 orang peserta (27 peserta kayuhan dan 24 orang peserta iringan) dari pelbagai Seksyen PLUS, Opus Sdn. Bhd., Propel dan Team Strange MTB Rawang. Team kami telah dijemput sebagai mashall kayuhan.
Selepas urusan Imigresen, berkumpul di Tesco Lotus Danok untuk kiraan semula dan memulakan kayuhan pada jam 8.00. Kelajuan kayuhan antara antara 20 – 30km/h sebagai mengimbangi kemampuan peserta. Regroup di pekan Sadao, Pekan Khlong Ngaek, Masjid Nurul Huda, Po Mo, Hatyai Central Festival dan seterus sampai di Hatyai Central Hotel pada jam 11:50 pagi. Check-in rehatkan badan dan keluar untuk menikmati makan tengahari di Sami Kitchen dan seterusnya mengunjungi Pasar Terapong di Khlong Hae.
Pagi esoknya memulakan kayuhan pada jam 9:30 pagi. Perjalan pulang lebih mencabar dengan laluan melawan angin dan terik panas hingga ada yang peserta yang terpaksa mengalah.
Alhamdulillah berkat kerjasama dari semua peserta, program ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu sebagai satu riadah keluarga disamping dapat mengeratkan tali silaturahim.
Pihak kami memohon maaf sekiranya ada tuturkata dan perbuatan yang sengaja atau tidak disengajakan sepanjang program kayuhan ini.
Doa di awal pagi – semoga selamat perjalanan dan diberi keberkatan
Nasib baik naik gerek – mudah dan cepat berurusan di imigresen
Pekan Danok - Pagi yang masih lengang – 7:35 pagi
Menunggu rakan - Berkumpul di hadapan Tesco Lotus Danok
Saudara Tandop – Tarik platoon
Team PLUS Seksyen N1
Team Strange MTB dari Rawang, Selangor
Team Opus Sdn. Bhd
Sweeper yang sentiasa memastikan tiada rider ketinggalan
Menuju Destinasi
CP1 – Regroup di Sadao – km 10
KM30 – CP2 : Khlong Ngae
km 48 , CP3 – Masjid Nurul Huda, Po Mo: Berehat sambil menikmati teh
Hotel Central - 11:50am – Akhirnya sampai ke Hadyai
Penggagihan bilik oleh penganjur, Saudara Fadzel
Wow – hidangan lazat di Sami Kitchen (N7° 03.984' E100° 29.344')
Group foto @ Sami Kitchen
Khlong Hae Floating Market (N7° 02.805' E100° 28.437') bersama Team NORD diketuai oleh Abang Ramly SP
Menikmati pulut durian, pulut pelam, pulut ayam berdekatan Lee Garden
24/05/2015 – memulakan kayuhan balik
Selamat tinggal Hadyai : Jumpa lagi di lain kali
Panas lit-lit ooooo
Mashall yg sentiasa memastikan keselamatan peserta @ Khlong Ngae