01 September 2011 malam Jumaat
Sesudah sebulan berpuasa, selepas berhari raya, maka bermulalah jemputan untuk majlis Hari Raya pula.
Zam Hamid (Kedah Downhill) memulakan langkah pertama, malam Jumaat raya Ke-3, Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat diadakan di rumahnya di Kg. Bohor, Alor Setar. Ramailah geng basikal pelbagai ‘genre’ yang hadir termasuk geng climber. Santapan nasi daging disediakan …. terima kasih Zam, buat kenduri tiap hari selama sebulan lagi ok .. tahun depan ulang lagi.
Imam besar sedang memberi tazkirah sambil mengunyah
Geng Downhill dan ragaih
JUMAAT: 02 SEPTEMBER 2011
Kalau Zam dimalam hari, saudara Zaim di siang hari pula. Rezeki yang dikurnia dikongsi bersama. Jumaat, raya ke 4 ramailah saudara mara, sahabat handai dan geng basikal dijemputnya.. antaranya Team Jitra, Alor Setar bahkan dari Perlis jua tampil.
Saudara Zaim yang baru pulang dari menunaikan umrah sehari sebelum Hari Raya, sebulan beliau di sana. Alhamdulillah kami mendoakan semoga sentiasa dalam rahmatNya dengan dibukaNya pintu rezeki kerana boleh buat lagi … TERIMA KASIH daun keladi
Sebahagian Geng Basikal yang hadir (team Redflag, Gerek Baru dan Perlis MTB)
dari Kiri, Abang Ai, Cikgu Wann, Amri, Senu, Ali, Lontruth, Zaim(tuan Rumah), Abang Ronn dan Chomel FZ
Hidangan: Nasi Dagang satay dan lain-lain lagilah
No comments:
Post a Comment