Monday, September 12, 2011

Selamat Penganti Baru Sang Teruna

IMG_3516_2


11 September 2011 - 12 Syawal 1432
Kampung Pulau Pisang. Jitra, Kedah



Saudara Khuzairi Bin Salleh adalah salah seorang ahli terawal team Redflag. Pernah bekerja dengan konsultan pembinaan saluran paip gas di beberapa negara luar terutama dari Afrika. Digelar Sudan kerana pernah lama bekerja di negara tersebut.

Panas yang diharap kepetang rupanya hujan ditengahari. Jodohnya terdahulu tidak panjang. Kembali beliau sebagai teruna.
Setelah lama ‘berpuasa’, maka tibalah waktu untuk ‘berbuka’. Dara pilihan dari kampung seberang(Kg. Paya Keriang Menyabong) bernama Haryati. Majlis resepsi sebelah perempuan diadakan pada hari yang sama.


Majlis sederhana diadakan, rakan-rakan MTB ramai yang hadir tampil  memberi sokongan dan dorongan mengakhiri zaman bujangnya itu

IMG_3520
2 khemah dikuasai (dari kiri) Alias D’Pallas, Maarten @ Syafik (beras Kapten Jamal) Abang Ronn, Zn. Gerek Baru, Ustaz Raja, Khairul Amri, Khairul Adli, Zam Norco dan Khairul Azuan
Tidak kelihatan dalam Gambar: Pudin TTG, Che Wan, Fauzi Banana Island, Kapten Jamal, Cikgu Lutfi, Norizan

DOA KAMI:
image

Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam,
bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya,
bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya,
malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya,
dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan
dekat di hatinya untuk dicintai


Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri ini agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
~ Amin ya Yabbal Alamin ~


INGAT:



Jangan lupa baca doa ni masa nak ‘bersama’ @ bersenggama …. kerana ianya bukan sekadar explorasi sekujur tubuh, cantuman 2 jiwa, jua satu ‘aktiviti‘ berpahala jika mengikut syara’
image

Mengahayati lirik lagu lancang kuning (Versi Indonesia, bukan versi Jamal Abdillah)

Lancang kuning, lancang kuning
Seludang mayang, seludang mayang
Bertolak petang, berlayar malam di alam kelam
Bertolak petang, berlayar malam, berlayar malam di alam kelam

Lancang kuning, lancang kuning
Seludang mayang, seludang mayang.

Angin turut, angin turut
Layar mengembang, layar mengembang
Laut beralun berombak riak membanting lambung
Laut beralun berombak riak membanting lambung, mengayun-ayun

Lautan beralun mengayun-ayun
Lautan beralun mengayun-ayun.

ok takat ni lah kot ……


PESANAN KAMI:

Hang udah lama tak ‘makan nasi’ semoga berhati-hati makan ‘nasi’ tu,  jangan gelojoh , nanti ‘tersedak’.



Praktik kembali petua ‘mengasah’ . Semoga Lancang kuning belayar tenang, tegak tiang tiadalah tumbang dipukul angin laut gelombang


Tapi kalau sudah ‘bersepuh’ maka pastinya tidak kan ‘luluh’ .


FAHAM dak .. kalau tak paham kena  mai belajaq ilmu mengasah TAPI ada maharnya dan ada ijazahnya ..




No comments:

Post a Comment