Monday, November 14, 2011

Kasut Sam Hill 5-10

IMG_4905

5-10 (baca: Five Ten) adalah jenama kasut sukan ourdoor yang tersohor. Kini Adidas sedang dalam proses pengambilalihan syarikat ini.

Dalam dunia Downhill(DH) ia digunapakai oleh beberapa bintang ternama. Juara Dunia sukan DH, Sam Hill adalah pengguna kasut ini. Jadi model yang dikeluarkan ini menepati kehendak dan keperluan bintang sukan DH ni.

Tak hairanlah sipemakainya walaupun tak setanding Sam Hill tetapi boleh membuatkan sipemakainya ‘perasan’ bagaikan Sam Hill.

Teknologi 5-10 yang membolehkan tapaknya mengemut bagi mencengkam pedal cleat agar menjadi ketat lagi kejap. Tapak kasut yang fleksibal lagi empuk dapat menyerap hentakkan dan henjutan. Takkan terkeleceh lagi kaki anda.

Spesifikasinya :-

• Model - 5-10 Sam Hill Low Cut Shoes

• Colour - Monster Green = Black/White/Green

• Upper - Winbuck

• Midsole - PU

• Closure - Lace

• Outsole - Stealth® S1

• Weight: (Size-9) 17.1oz/486.21g

KLIK: http://fiveten.com/

IMG_4910

Bagaikan melekat – Kayuhan laju ditambah ngan bantuan crank E13

Beat My Time

Situasi sebegini takkan berlaku lagi  .. Gambar kredit pd Dank Rnxm

No comments:

Post a Comment