Saturday, November 26, 2011

Rɛkɪ Trek Hosba

IMG_5107

Hari ini merupakan kayuhan terakhir kami di tahun Hijrah(1432). Walau hujan mencurah,  9 satria  tetap tabah walau disimbah .. tetap basah bersama  menyuntik  semangat  ….

Semuanya untuk menikmati Trek baru di mukim Hosba. Sebelum ini sudah 2 kali pasukan peninjau menjejaki laluan ini. Jarak Treknya tidaklah  jauh dan sesuai untuk tunggangan XC. Kepelbagaian suasana laluan .. dari bukit, teres getah, hutan buluh,  hutan renek dan dusun  memberi keseronokkan tunggangan dan indah pandangan.

Secara keseluruhanya trek ini sesuai untuk semua peringkat rider, tetapi rider peringkat pertengahan (terutama pengguna Fullsus) dapat menikmati lebih keenakan tunggangan disini.

Trek ini akan dikenali sebagai ‘Trek Hosba’. Selepas ini akan ada pecahan-pecahan laluan dari laluan asas ini. Maka dengan ini bertambah lagi koleksi trek mainan kami,

Untitled-1 copy

‘ SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRIYAH 1433 ‘

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

KLIK Untuk Gambar di Facebook

image

DApatan dari tinjauan awal : jarak 13km

TQ Adlee : KLIK  untuk lihat uploadnya

IMG_5064

Tapak Permulaan: Pihak kami tetap meneruskan aktiviti yang diatur walau ujan turun sekalipun

IMG_5072

IMG_5081

Terasa seperti trek Poli lak ..Yela tak jauh tu , mungkin akan dapat sambungannya

IMG_5085

IMG_5090

Huyooo .. lajunya Abang Ai

IMG_5091

Meredah air

IMG_5106

Berada dipuncak

IMG_5110

Tunjuk ajarku Sifu

IMG_5112

Drop yang menarik disini

IMG_5115

Abang Ai ..cool jer ambil drop ni

IMG_5127

Sama-sama memerhati bukit yang perlu didaki

IMG_5130

Antara cabaran yang dilalui ..tapi BESTTTTTT

No comments:

Post a Comment