Baru 7 hari melangkah Tahun baru 2012, tidak terlambat untuk pihak kami mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012. Semoga tahun 2012 aktiviti dari pihak kami akan ditingkatkan. Syukur jua Blog Redflag masih beroperasi menandakan bahawa ahi-ahlinya masih beristiqamah dalam aktiviti kayuhan.
Sepanjang tahun 2011, pihak kami telah membina trek terjunan (DH) dan trek latihan kepada para rider untuk meningkatkan kemahiran dalam pengendalian MTB. Kemuncak dari pencarian ini, pihak kami bersama team Kedah DH berjaya menyediakan trek yang sesuai untuk kejohanan Downhill yang bertaraf kebangsaan/antarabangsa pada bulan Mei 2011 lalu. Mungkin ia bukan yang terbaik tetapi antara yang terbaik.
Tahun 2012
Sebermulanya Tahun 2012, Aktiviti kami pastinya di Trek Hosba. Melalui saudara Pudin TTG telah mewar-warkan kepada rider sekitar utara untuk bertandang ke trek ini. Walaupun kehadiran cuma 24 orang tetapi aktiviti ini berjaya menarik perhatian rider dari Kulim, Penang, Yan dan Sungai Petani. Bahkan ada beberapa orang rider yang masih baru, dengan sedikit bimbingan mereka sudah ada keyakinan untuk mengambil beberapa drop.
Trek Hosba ini akan menjadi tumpuan dan perhatian kami. Fasa 1 dan Fasa 2 telah diperolehi. Beberapa laluan yang sudah dikenalpasti akan terus diterokai untuk dikongsi bersama.
Insyaallah hasil dari pencarian trek ini, pihak kami akan melaksanakan event yang bersesuaian nanti…
Layan gambar ..
Lagi gambar di FACEBOOK
Sumi dari Kulim pun ader …
Peserta dari Oman .. kayuhan menghijau vs kayuhan batuan
Gerekk AMT memang berat .. ada alasan yang kuat
Mat karan dari SAZA Sungai Petani .. teruja dan prestasi nya cukup memberansangkan
Antara yang tampil menyahut seruan
Setelah sekian lama tak beroffroad .. Adihariman pun ader gak ..
Martabat makin tinggi ..Mencari hakikat
Hanif, walau jatuh dek handle sangkut pokok, namun masih ‘Tabah’ dan kuat semangatnya
No comments:
Post a Comment