Monday, January 30, 2012

Trek DH UCI Ulu Chepor

IMG_7213

Hari ini (28/01/2012) kami sampai lagi ke Trek  ini, seminggu sebelum tu, (22/1/2012) kami dah mai.  Seperti ada sesuatu yang menarik kami untuk ke sini lagi.  Bukan sekadar Air terjunnya yang  dapat menyejukkan dan menyegarkan badan dek keletihan lepas menolak dan berDH. Bunyi-bunyi deruan air terjunnya juga dapat menarik aura dan ‘energy’ bagi menyegarkan badan. Bunyian unggas bagaikan melodi indah menyegarkan minda. Dan yang penting adalah treknya.

Trek ini dibangunkan oleh sekelompok penggemar DH yang udah ‘kowtim’ dengan pihak pengurusan hutan Lipur ini. Sebab itu nak masuk hanya unjukkan '’gerek’ anda yang menjadi tiket masuk percuma. Jika tidak, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM3.00 per entry.

Trek sepanjang ±800 meter sudah cukup untuk menaikkan adrenalin anda. Drop, jump, root section, swithback dan lain-lain lagi pasti tidak akan mengecewakan penunggang. Bukan sekadar peminat DH dapat merasai kemuncak adrenalin, penunggang XC(advanced) juga dapat melakukan dengan baik (jika ada keyakinan). Trek yang sentiasa redup kerana dinaungi oleh pepohon  Hutan Simpanan Kekal Kledang Saiong. Jadi anda boleh ‘bermain’ pada bila-bila  waktu (siang)

Terima kasih sahabat-sahabat Ipoh yang melayan dan membenarkan kami mengetest trek anda .. syabas

Layan gambar : Video di bawah sekali

Botak

Botak yang tak mencapai klimaks di sini  (Pic:TQ Amirul Hakim)

IMG_7184

‘Jump’ celah pokok chempedak

IMG_7186

OffCamber

IMG_7191

TUDIA .. Rock Garden dan akaq ditambah lagi ada aliran air ..  lurah yang basah yang perlu diterokai dengan rakus  bakal ‘menghonggar’ basikal  dan menguji keskillan anda

IMG_7255

Dok ‘scan’ sebelum ‘action’

Wan Blitz

Wan Blitz JUMP(bak nyanyian Van Halen ) - (Pic:TQ Amirul Hakim)

SAntai di trek UCI Ulu Chepor
Weeetttt …

1 comment: