Sunday, March 11, 2012

Bierut Yang Aman

IMG_8183

Birut Mountain Bike Jamboree diadakan pada 11 Mar 2012 dengan Motto ‘Ride For Fun, Friendship Forever’. Dianjurkan oleh D’nia Bike dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Seberang Perai Utara. Ia bermula dan berakhir di Penempatan Sementara Kg. Seberang Tok Soh

Jamboree(MTB) ini adalah yang pertama disertai oleh kami(team Jitra) di tahun 2012 ini. Seramai hampir 20 orang peserta team Jitra hadir sebagai tanda sokongan kepada penganjuran team di di kawasan utara ini.

Dengan jarak sejauh hampir 45km. Kami bermula di belakang kelompok. Kami mengayuh secara Jemaah dan saling membantu sahabat-sahabat yang mengalami kerosakan mekanikal. Tidak menaruh harapan kepada pengejaran ‘tempat’. Kalungan medal sebagai ‘kredit kepada kami. Konsep santai dan ceria membolehkan kami sentiasa terhibur dengan telatah rakan-rakan disamping dapat berjumpa ramai sahabat-sahabat dan bertegur sapa bertanya khabar.

Sejujurnya kami hampir beranggapan bahawa trek yang dihidangkan adalah hambar(flat) dengan hanya mengikuti jalan ladang di bawah teduhan kelapa sawit. Namun kami silap, apabila sahaja memasuki single trek di salah satu Bukit( tah apa nama ). Adrenalin kami semakin meningkat, penurunan di bukit ini amat menyeronokan(pada kami). Dimaklumkan ramai juga rider yang jatuh di sini, mungkin ramai juga teruja, sepatutnya ‘kemampuan diri’ perlu dinilai apabila melalui situasi sebegini.

Ramai juga yang memperkatakan tentang goodies yang tidak seberapa dan sebagainya(bla..bla.. bla..), namun bagi kami goodies merupakan ‘nilai tambah’ kepada penganjuran Jamboree. Apa yang penting kepada kami ialah kejayaan penganjuran dengan pengurusan yang teratur dan trek yang memuaskan. Tidak dapat dinafikan, memang terdapat  beberapa kelemahan tetapi perkara itu boleh dibetulkan. Pihak penganjuran boleh melakukan post mortem bagi meningkatkan lagi penganjuran di masa hadapan

Syabas penganjur, dilain masa sokongan dari kami akan sentiasa diberikan

Gambar di FACEBOOK (KLIK)
IMG_8146
IMG_8149
Zn. Gerek Baru, Ustaz Raja & Pudin,
IMG_8151
Adik mmm, Fendi, Zn, Nizam, UStaz & Mizi
IMG_8156 IMG_8173
IMG_8190 IMG_8174
Jas ngan gaya otromen Taro  dan Yus mengepiss
IMG_8163
IMG_8166
Memasuki Offroad
IMG_8175
8:50am : Hashim @ CP1
IMG_8180
Rehat sambil menyambung semula rantai basikal Jazkun yang putus
IMG_8202
9.45am: CP2
IMG_8216
Adusss ..
IMG_8217
Layanzzzzz
IMG_8218
10.00am: Yus kepancitan
IMG_8227
Sofian & Gang dr Penang
IMG_8237
Selesai & Tapi Bingung
IMG_8238
Along Aiman: Di tempat ke-231

3 comments:

  1. kalau ada kategori gerek mahai..mungkin gang redfalgg akan menang...kalau petandingan biasa..melopongla gang redflagg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada teloq mai la try..kita tgk sapa yg nak melopong..

      Delete
  2. Terima kasih atas pemerhatian dan pandangan anda. Jamboree pada kami bukan tempat untuk mencari posisi .. Pengalaman mengajar kami. Kami di 'Sini' sekadar 'berkongsi' dan bukan untuk bermegah dan berbangga diri...

    ReplyDelete