Sudah lama kami tidak menjengah ke Bike Park, Jitra. Rasanya hampir 6 bulan. Laluan terhakis oleh aliran air dan dipenuhi dengan dedaun. Masanya untuk kami kembali memeriahkan semula Bike Park dan seterusnya kerja-kerja penyelenggaran trek perlu dilakukan.
Hari ini kami mempersiapkan 3 orang rider junior dengan memberi bimbingan dan tunjuk ajar mengenai teknik DH. Tenyata mereka ini cepat ‘boleh’ bahkan dengan ‘darah muda’ yang meluap, mereka sudah mahir melakukan beberapa aksi.Mereka ialah adik Along Aiman, Qayyum dan Fawwaz
Adik Along Aiman berusia 14 tahun,. Mula bergiat dalam MTB dalam tahun 2009 sejak berusia 11 tahun dan dibimbing oleh ayahnya iaitu saudara Alias D’Pallas. Sentiasa berada dalam kedudukan 100 terbaik dalam Jamboree yang disertainya.
Pada yang berminat untuk ke Bike Bark dan mempelajari beberapa teknik-teknik di sini bolehlah menghubungi saudara Nasron @ 012-5846 288 dan Saudara Wan Blitz @ 012-4583 221.
Di mana Bike Park, Ia terletak berdekatan Tasik Darulaman, Jitra, Kedah GPS = N6 14.889 E100 26.772. lihat gambar di bawah
Along Aiman
Qayyum. Drop setinggi 10 kaki berjaya di ‘tackle’
Ahhh ! ..biasa laaa
Fawwaz
Cikgu dok tunjuk teknik yang betul …
Master B
Wan Blitz: Sering menyertai Kejohanan DH
Sedang dinilai oleh wakil dari UUM (akreditasi) ..OK pass
Dok bincang nak buat laluan yang lebih ringan utk geng XC
No comments:
Post a Comment