Sunday, June 24, 2012

Maklumat & Meraikan Sahabat Di Trek Hosba

IMG_0303

Tanggal 23 Jun 2012, harinya Sabtu, Sahabat dari Penang saudara Rizal, yang kebetulan pulang ke rumah mentuanya di Tunjang melapangkan masa bertandang ke Trek Hosba. Seorang rider XC yang aktif berkayuh dengan beberapa team dari Penang. Ditemani dengan 5 orang rider, kami membuat kayuhan ke trek ini yang ada juga memberi jolokan sebagai ‘Northern Kiara’ , trek teknikal dengan pump trek yang boleh ‘membuang’ rider jika terlalu laju, root section yang memerlukan momentum yang sesuai untuk ‘tackle’nya dan lain-lain lagi. Pengalamannya mengikuti beberapa team hardcore sudah tentu tidak memberi masalah kepadanya di sini.

Trek Hosba sepanjang ±16km sahaja. Mempunyai 4 tahap kesukaran yang disusun untuk menguji kemahiran rider iaitu:-

Tahap 1 –
Section Urge @ Soar's seesaw

Bermula di dusun Haji Fauzi yang dikenali sebagai laluan Haji Fauzi (Haji Fauzi Trail), Penurunan di ‘pump trek’ yang dikenali sebagai Section Urge’ sejauh 100 meter lalu keluar ke jalan Guar Napai.

Tahap 2
Section Hope

Memasuki Felda Guar Napai (Felda Trail) dan penurunan di teres sepanjang 50 meter yang dikenali sebagai ‘Section Hope’

Tahap 3
Section Hoppy Go Lucky

Melewati wat siam,  laluan ini dikenali sebagai Siamese Trail sebelum mendaki dan DH di section yang dikenali sebagai 'Section Hoppy Go Lucky’ ada lurah air dan  batuan longgar ditambah dengan akar getah yang merintangi jalan.

Tahap 4
Section V Root

Masih di Siamese Trail selepas 1km akan bertemu section yang agak mencabar iaitu Section V Root’. Disini kelajuan diperlukan sebagai momentum untuk tackle akar-akar yang berbonjol.

Bamboo Hill di bukit dekat Gok Arang masih dalam pembikinan …

Dengan meletak ‘Trek Kiara’ sebagai penanda aras dan panduan, kami akan terus berusaha mencari laluan  buat  menambah koleksi Trek di sekitar Jitra.

Hosba Trail

KLIK Gambar untuk membesarkan

IMG_0290

Saudara Rizal dari Pulau Mutiara

IMG_0299

Section Urge @ Soar’s seesaw yang melompat lompat ekor belakang

IMG_0308

Cikgu Fizol @ laluan baru

IMG_0311

Najib berjaya & Bergaya di Section Hope

IMG_0355

Mencari line ..

IMG_0315

Siamese Trail

IMG_0335

Section Hoppy Go Lucky, permulaan yang gagal tetapi  terus berjaya

IMG_0331

Hoppy Go Lucky Section

IMG_1185

Tazkirah ..

IMG_0363

TUDIAA .. Najib berjaya ‘membelah’ akar V dengan jayanya

KLIK Gambar di FACEBOOK

No comments:

Post a Comment